Jumaat, 31 Januari 2014

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Unit terakhir Honda EX5 Dream 100 dikeluarkan dari kilang Boon <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2014 12:48 AM PST


Tanggal 28 Disember 2013 yang lalu sekali lagi mencatat sejarah tersendiri buat motosikal kapcai paling popular di Malaysia, apabila unit terakhir model Honda EX5 Dream 100 dikeluarkan dari kilang Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pengeluaran terakhir Honda EX5 Dream 100 Unit terakhir Honda EX5 Dream 100 dikeluarkan dari kilang Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang

Peristiwa bersejarah itu merupakan susulan daripada pengumuman Boon Siew Honda sebelum ini bahawa mereka akan memberhentikan pengeluaran Honda EX5 Dream, juga dikenali dengan nama kodnya C100B dan C100MB, setelah berada di pasaran selama 26 tahun.

Unit terakhir Honda EX5 Dream 100 tampil dalam warna merah, dengan memegang angka pengeluaran terakhir yang bernombor 2,051,530. 'Raja Kapcai Malaysia' itu kini digantikan dengan Honda EX5 Dream 110 yang baru sahaja dilancarkan dalam bulan Julai tahun ini.

Menurut Boon Siew Honda, model terbaharu Honda EX5 Dream 110 dilengkapi dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 11% dengan kecekapan bahan api 53.6km/l.

Selain itu, ia juga mempunyai tangki minyak 4 liter yang lebih besar, tayar serta tempat duduk yang lebih lebar, dan juga suspensi yang lebih lasak bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk tahap kemampuan, keselesaan dan kelasakan yang unggul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved