Selasa, 21 Januari 2014

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


video cina biadap kena pukul <b>di bukit mertajam</b>

Posted: 19 Jan 2014 02:04 AM PST


Hari ini himpunan membantah kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk diteruskan dan kali ini ia dilakukan di depan Pejabat Adun berkenaan di Alma , Bukit Mertajam .

Dianggarkan 500 orang peserta hadir terdiri daripada pengundi Melayu Machang Bubuk , ahli UMNO Bukit Mertajam & juga  NGO Melayu . Rata-rata yang hadir begitu marah di atas kebiadapan Adun berkenaan yang lebih sibuk  menghina dan mengaibkan  PM  daripada menjaga kebajikan rakyat di kawasannya .

Mereka juga meletakkan pelbagai  kain rentang dan kertas bantahan di depan pejabatnya sebagai tanda protes dan bantahan .

Kehadiran ramai orang Melayu membantah kebiadapan Adun PKR ternyata tidak disenangi pembangkang dan kekecohan telah ditimbulkan oleh seorang  lelaki Cina yang mungkin penyokong mereka di situ  .

Beliau menjerit " Melayu Bodoh " telah membangkitkan kemarahan peserta himpunan yang hadir dan terus menyerbunya dan menumbuk mukanya . Mujurlah pihak Polis berjaya meleraikan ketegangan dan terus menangkapnya untuk  dibawa ke balai polis .

Ternyata kehadiran seorang  lelaki Cina yang sudah berani  jerit Melayu Bodoh di depan ramai orang Melayu  begitu juga kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk  pastinya memanaskan suhu politik di negeri P.Pinang.

sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved