Isnin, 27 Januari 2014

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Servis Nissan <b>di</b> Bandar Perda <b>Bukit Mertajam</b> - HasrulHassan

Posted: 19 Dec 2013 06:32 PM PST

Al kisahnya meter sudah terlebih 25,000 KM; sebelum jadi apa-apa yang tidak diingini, maka saya perlu melakukan servis berkala pada kenderaan. Saya merupakan pelanggan setia di Pusat Servis Nissan Bandar PERDA, Bukit Mertajam ni. Alhamdulillah, servis di sini bagus dan saya suka. Ada sebab lain kenapa saya suka melakukan servis kenderaan di sini ... baca entri ini sehingga habis untuk tahu mengenainya.
Memiliki kenderaan bermakna anda ada tanggungjawab khusus kepada kenderaan anda. Anda mesti memastikan kondisinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Bukan apa, jika ada masalah kelak, yang bakal pening kepala adalah anda sendiri, ye tak?
Badan pun ada masa perlu rehat. Apatah lagi sebuah kenderaan buatan manusia. Lagipun kenderaan seperti kereta yang diguna hampir setiap hari. Sebelum kereta tak semena-mena masuk ke bengkel kereta, lebih baik buat pencegahan perlu. Fikir, dari berhabis beribu kerana enjin dah lepuh, timing belt putus, bateri kong, enjin rosak dan macam-macam lagi, biarlah beratus dikeluarkan bagi memastikan enjin kereta, pengendalian dan segala mengenai kereta berada di dalam tip top, ye tak?

Menyesal sekarang kejap je, jangan menyesal kemudian yang boleh buat jadi tak tentu hala.

Saya punyai kereta jenis Nissan. Dan saya memang menggunakan pusat servis Nissan yang berdaftar. TCEAS Nissan di PERDA adalah destinasi saya apabila mahu melakukan servis berkala. Buat masa ini, belum pernah terlepas, cuma had je sudah terlebih daripada sepatutnya. Saya pergi ke TCEAS Nissan supaya saya dapat barang ganti berkualiti dan original, serta memastikan khdimat servis dijalankan oleh mereka yang benar-benar pakar mengenainya.


TCEAS Nissan di PERDA memang bagus. Dalam ruang rehat, ada Wifi dan ada minuman percuma. Malah ada TV skrin leper dengan rangkaian Astro tersedia. Minuman percuma ada pelbagai, ada Milo, ada Nescafe, ada teh tarik. Ada sejuk, ada panas. Dan kalau masa-masa tertentu pula, ada biskut dan makanan ringan disediakan.

Apa yang dibuat oleh mereka adalah untuk memastikan pelanggan yang dah pernah datang, akan datang lagi. Disediakan semua keselesaan ... pelanggan seronok ... terus pikat untuk buat servis lagi.

Maka, kalau anda berblog, anda perlu juga lakukan seperti apa yang TCEAS Nissan ni buat. :) Itupun jika mahu mereka yang singgah di blog anda untuk datang lagi..... lagi .. dan lagi..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved