Selasa, 14 Januari 2014

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di kepala batas</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2014 07:26 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BILA REEZAL MERICAN NAIK PEJABAT MPSP BELA PENIAGA <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 07:58 AM PST

Guan Eng tokong  pujaan macai PR  nak bela penjaja & peniaga Melayu di P.Pinang ?? Kini sudah masuk penggal ke 2 dia merintah, kuasa makin kuat . Ada dia nak peduli undi Melayu ?? Dia bela bangsanya saja sebab depa bagi undi untuk dia kuasa ..

Hari ini mujur ada lagi   pemimpin Melayu lagi dalam UMNO bersuara membela nasib peniaga & penjaja Melayu .  

Selain Datuk  Jahara yang digelar NENEK RASIS , kini Ahli MT UMNO DS Reezal Merican pulak membela peniaga & penjaja Melayu   di Parlimen Kepala Batas yang disaman dengan  cukup keterlaluan.

Apakah Reezal Merican akan digelar MAMAK RASIS pulak oleh Guan Eng kerana pertikai Ketua Menteri  membela satu kaum sahaja dan tidak peka nasib peniaga Melayu ??

Biar lah dia nak bagi gelaran itu tapi kebenaranya   UMNO sahajalah yang masih lagi dilihat  terus  membela nasih peniaga & penjaja Melayu di negeri ini . 

Exco PKR termasuk TKM 1   semuanya itu bukan nak bela malah akan menghentam lagi peniaga & juga pemimpin UMNO yang bangkit isu yang dianggap rasis ini . 

Di dalam gambar di atas, DS Reezal Merican mengadakan pertemuan dengan MPSP termasuk Ahli Majlis MPSP dari PKR iaitu sdr  Syed Mikael  hari ini bagi  membawa isu berkaitan lesen penjaja & peniaga di  pasar Kepala Batas.   

Apakah MPSP & Ahli Majlis  terus berkeras & enggan bertolak ansur & bekerjasama bagi menyelesaikan masalah ini ??

 Sama-sama kita nantikan usaha Ahli Parlimen BN ini membantu peniaga Melayu yang ditindas kerajaan DAP !!

KEPALA BATAS 23 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta turut peka dengan nasib peniaga dan penjaja kecil Melayu di Pasar Kepala Batas di sini, bukannya membela peniaga daripada satu kaum sahaja.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini ekoran tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyaman peniaga dan penjaja kecil di pasar tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan.

Beliau berkata, langkah mengenakan kompaun sehingga RM250 kepada setiap seorang peniaga dan penjaja berkenaan adalah tidak adil kerana pendapatan mereka berniaga di pasar berkenaan bukanlah begitu lumayan.

"Mereka hanya berniaga di kaki lima pasar dan tidak mengganggu lalu lintas tetapi dikena kompaun yang amat berat.

"Ada peniaga disaman lebih 10 kali tetapi terpaksa meneruskan perniagaan kerana mahu menampung kehidupan keluarga," katanya kepada pemberita selepas meninjau masalah yang dihadapi peniaga di Pasar Kepala Batas di Permatang Manggis di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Ismalina Ismail.

Reezal Merican berkata, peniaga dan penjaja kecil di sini perlu dibela kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan selain berniaga di situ sejak beberapa tahun lalu.

"Guan Eng hendaklah mendengar rintihan rakyat dan bersikap adil dengan memberi peluang kepada peniaga dan penjaja Melayu berniaga di sini, janganlah bela satu kaum sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap MPSP dapat mempertimbangkan peniaga dan penjaja di pasar ini terbabit dikecuali daripada tindakan kerana kehadiran mereka tidak mengganggu lalu lintas dan bertindak terhadap rungutan orang ramai yang menghadapi masalah kekurangan tempat meletak kereta.

"Kalau terus mengambil tindakan kompaun, pendapatan mereka sudah pasti akan terjejas teruk," katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved