Isnin, 20 Januari 2014

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


KERAJAAN DAP DIGESA BELA NASIB PENIAGA & PENJAJA <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 08:30 AM PST

KEPALA BATAS 23 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta turut peka dengan nasib peniaga dan penjaja kecil Melayu di Pasar Kepala Batas di sini, bukannya membela peniaga daripada satu kaum sahaja.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini ekoran tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyaman peniaga dan penjaja kecil di pasar tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan.
Beliau berkata, langkah mengenakan kompaun sehingga RM250 kepada setiap seorang peniaga dan penjaja berkenaan adalah tidak adil kerana pendapatan mereka berniaga di pasar berkenaan bukanlah begitu lumayan.
"Mereka hanya berniaga di kaki lima pasar dan tidak mengganggu lalu lintas tetapi dikena kompaun yang amat berat.
"Ada peniaga disaman lebih 10 kali tetapi terpaksa meneruskan perniagaan kerana mahu menampung kehidupan keluarga," katanya kepada pemberita selepas meninjau masalah yang dihadapi peniaga di Pasar Kepala Batas di Permatang Manggis di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Ismalina Ismail.
Reezal Merican berkata, peniaga dan penjaja kecil di sini perlu dibela kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan selain berniaga di situ sejak beberapa tahun lalu.
"Guan Eng hendaklah mendengar rintihan rakyat dan bersikap adil dengan memberi peluang kepada peniaga dan penjaja Melayu berniaga di sini, janganlah bela satu kaum sahaja," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap MPSP dapat mempertimbangkan peniaga dan penjaja di pasar ini terbabit dikecuali daripada tindakan kerana kehadiran mereka tidak mengganggu lalu lintas dan bertindak terhadap rungutan orang ramai yang menghadapi masalah kekurangan tempat meletak kereta.
"Kalau terus mengambil tindakan kompaun, pendapatan mereka sudah pasti akan terjejas teruk," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved