Jumaat, 24 Januari 2014

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


UMNO <b>Kepala Batas</b> gesa tindakan tegas isu persenda Agong | The <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 12:18 AM PST

KEPALA BATAS, 22 Jan: Umno Bahagian Kepala Batas dan lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong berhubung hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.

Menurut Bernama, Setiausaha Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Ahmad Darus berkata kenyataan peguam Edmund Bon yang mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong bersifat menghina Seri Paduka dan boleh menimbulkan perasaan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau berkata kenyataan peguam itu dalam laman sosial facebook telah digunakan pengamal laman sosial yang lain untuk menghasut rakyat supaya membenci dan tidak menghormati Seri Paduka.

"Sehubungan itu, Umno Kepala Batas bersama lima NGO hari ini mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam berkenaan kerana kenyataannya boleh disalah anggap oleh rakyat untuk tidak menghormati Agong sebagai Ketua Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Lima NGO yang turut membuat laporan polis ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Pulau Pinang (Mapim), Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Majlis Belia Daerah SPU dan Kelab Warisan Pulau Pinang (Keris).

Ahmad berkata pihaknya juga mahu polis mengambil tindakan termasuk menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pemilik laman sosial 'Rejimen Anarki' yang dilihat menghasut rakyat supaya membenci institusi Raja-Raja Melayu.

"Kita bimbang jika perkara ini tidak dibendung akan timbul insiden yang tidak diingini seperti ketegangan dan pergaduhan antara kaum," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved