Sabtu, 25 Januari 2014

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Lebuh raya PLUS arah <b>Kepala Batas</b> sesak akibat lori terbabas <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 09:07 PM PST

Butterworth: Laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Kepala Batas di sini, mengalami kesesakan luar biasa sepanjang lebih tiga kilometer (km) berikutan lori terbabas berdekatan Plaza Tol Sungai Dua di sini, pagi tadi.

Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melangar sebuah van, berlaku berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Pengguna yang menggunakan laluan berkenaan terpaksa dilencongkan ke laluan lain berikutan kerja mengalihkan kedua-dua kenderaan terbabit dijalankan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pemandu lori serta van terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan menghantar barang masing-masing sebelum lori yang dipandu laju itu terbabas
dan melanggar belakang van.

"Kemalangan itu berlaku di laluan paling kanan dan kita mengambil sedikit masa untuk mengalihkan lori dan van berkenaan.
"Akibat kemalangan itu, berlakunya kesesakan teruk sepanjang tiga kilometer
dan pengguna juga terpaksa dilencongkan ke laluan lain bagi mengelak kesesakan
lebih teruk," katanya.

Trafik di laluan itu mulai lancar kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved