Sabtu, 18 Januari 2014

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Satay paling sedap <b>di Permatang Pauh</b> ~ Pendapat Anda

Posted: 13 Jan 2014 12:36 AM PST


Satay paling popular di sekitar Lembah Kelang tentu ramai yang tahu. Sebut saja Satay haji Samuri, semua orang kenal. Kalau dulu, nak makan satay paling sedap Haji Samuri terpaksa pergi ke Kajang. Kini tak perlu lagi.

Banyak terdapat cawangan kedai satay Haji Samuri di seluruh Selangor danj juga Kuala Lumpur terutamanya di perhentian R&R lebih raya. Biasanya saya suka pergi ke perhentian Awan Besar untuk makan Satay Haji Samuri.

Satay Haji Samuri juga ada di Perhentian Jejambat R&R Sungai Buloh. Tetapi kedai satay itu selalunya amat sesak. Kita terpaksa berbaris untuk beli satay dan jika dah ada satay pulak, tak ada tempat duduk. Kalau sedang lapar, tak payah nak gatal pergi makan satay kat situ.

Satay sedap Haji Samuri ada di kompleks PKNS

Baru-baru ini ketika pergi cari songkok untuk anak-anak sekolah, saya singgah di PKNS. Selesai beli apa-apa yang patut, dan nak balik terlihat kedai Satay Haji Samuri di sudut hujung bangunan PKNS tersebut. Rupanya dah ada kedai satay Haji Samuri di situ.

Apa lagi...kami masuk sekeluarga untuk menjamu selera di situ. Seperti biasa di mana-mana kedai satay Haji Samuri, anda terpaksa membuat order sendiri dan tak ada orang nak layan datang ambil order ke meja anda.

Setelah ambil order, bayar di kaunter, bawa kuah dan talam sendiri ke meja makan anda. Satay akan dihantar oleh pekerja nanti. Memang pandai dia mengajar para pengunjung untuk jangan berlagak jadi Boss. Mungkin lama nanti, pengunjung terpaksa bayar, ambil satay dan masak sendiri satay mereka di samping buat kuah sendiri di dapur.

Satay sedap di Permatang Pauh

Semua tadi cerita satay sedap di Lembah kelang, sekarang saya nak kongsikan pula satay sedap di Permatang Pauh.

Kalau ikutkan rasa sedap berdasarkan lidah saya, satay Haji Samuri tidak dapat menandingi rasa enak satay sedap di Permatang Pauh tempat asal saya berkubang. Samada dari segi satay itu sendiri maupun kuah satay, memang tak boleh lawan rasa sedap, enak dan lazat satay di Permatang  Pauh ini.

Kalau nak makan satay sedap yang saya maksudkan, anda boleh pergi ke tempat yang sama di mana adanya kedai Burger Boy di Pekan Penanti. Asalnya sebelum wujudnya kedai burger boy di situ, satay sedap tersebut sudah lama ada dan bertapak di situ.

Biasanya saya hanya panggil satay itu sebagai 'Satay Pak Jab'. Itulah orang asal yang mula berniaga satay di Pekan Penanti di Restoran Faiz. Pak Jab pula bersama isterinya Kak Mah merupakan pelopor perniagaan satay kat pekan penanti sampai maju.

Mereka bermula secara kecil-kecilan dalam keadaan susah menyewa rumah di kampung penanti. Hasil dari ketekunan, mereka jadi senag lenang mempunyai tanah dan membina rumah banglow sendiri. Kini satay di situ diniagakan pula oleh anak kepada Pak jab yang bernama Syam.

Jika anda nak rasa satay sedap...paling sedap di sekitar Permatang Pauh, pergilah ke Pekan Penanti. Jika datang dari Bukit Mertajam, anda akan melalui Masjid Kubang Semang dan seterusnya kawasan kubur. Terus ke depan melintas jambatan Ban Busuk dan anda akan lihat sekolah rendah penanti di sebelah kanan.

Berdepan dengan sekolah Penanti itu, ada sebuah restoran. Di restoran itulah adanya Satay paling sedap yang saya maksudkan. Di situ juga adanya burger boy yang popular itu. Selain dari itu, anda juga boleh makan makanan lain yang turut sama dijual di restoran tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved