Khamis, 30 Januari 2014

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


GEMPAR ! AKTIVITI ANWAR <b>DI</b> PARLIMEN <b>PERMATANG PAUH</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2014 10:36 PM PST

Lihat video :



Seluruh negara juga mengetahui saat ini bahawa PKR terpalit dalam pergolakan dalaman yang amat serius.Perbalahan isu PKNS-AZMIN-KHALID , Larangan kemasukan Anwar ke negara matahari terbit dan di tambah pula isu tuntutan fasakh Naib Presiden PKR yang juga anak kesayangan Anwar telah memaksa Ketua Umum ini mengalihkan percaturan politik beliau. 
Sehari dua ini Anwar berjaya memadamkan semua kisah berikut di dada akhbar harian mahupun media alternatif. Inilah Anwar Ibrahim. 
Ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh seramai 17 ribu orang dan 70,760 ribu pengundi , sudah semestinya merasa terkilan dengan keputusan Dato Seri Anwar ini. Seluruh masyarakat Permatang Pauh menyedari bahawa selama beliau menjadi MP Permatang Pauh beliau GAGAL melaksanakan amanah yang diberi. 
Pencapaian beliau amat teruk sekali. Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat. 
Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung ,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh. 
Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan , ketika BN Permatang Pauh turun ke padang menyampaikan bantuan pada 300 masyarakat Tionghua baru-baru ini , Anwar dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau terpaksa menawar diri bertanding di Kajang kerana itu adalah kehendak Parti kononnya. 
Masyarakat Tionghua Permatang Pauh pasti tidak akan merasai manisnya limau mandarin Anwar Ibrahim Ahli Parlimen mereka yang mungkin mereka rindui. 
Sekian lama orang Permatang Pauh hanya mampu bertanya 'dimana Anwar?' ketika mereka memerlukan khidmat Ahli Parlimen yang selama ini menanam tebu di bibir , contohnya ketika musibah kebakaran dan banjir baru-baru ini , Anwar lesap entah ke mana. 
Percayalah wahai orang Kajang bahawa anda juga akan menjadi seperti kami di Permatang Pauh andai termakan janji manis beliau. 
Anwar tidak boleh berubah lagi , dia meletakkan dirinya atas kasta yang amat tinggi berbanding pengundi-pengundi yang mengangkat darjatnya itu. 
Menyedari hakikat itu , kami di Permatang Pauh berharap pengundi-pengundi Kajang tidak akan tertipu dengan agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya. 
Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya BN membuat keputusan untuk bertanding maka UMNO Bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar seramai 30 orang petugas sepenuh masa yang akan terlibat sepanjang kempen berlangsung. 
Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh di menangkan di Kajang. 
Dalam masa yang sama sebuah lagi pasukan akan berkempen di Permatang Pauh dengan berkunjung ke segenap kampung dan taman perumahan dalam Parlimen Permatang Pauh bagi mendapat dan mendedahkan segala masalah rakyat di Permatang Pauh yang Anwar tidak selesaikan sekian lama. 
Moga segala pendedahan , kejutan dan kempen yang akan kami lakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi DUN Kajang untuk menolak insan bernama Anwar Ibrahim ini. 
Sekian 
Mohd Zaidi Hj Mohd Said 
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh 
30 Januari 2014

p/s : Anwar....any comment?

Anak Sungai Derhaka: Tanding <b>di</b> Kajang sebabkan Majoriti <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 05:24 AM PST


Maklum balas daripada pengundi di Parlimen Permatang Pauh mendapati kebanyakan mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Selangor.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata mereka berpendapat tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah jelas demi kepentingan politiknya untuk memperoleh kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata seluruh masyarakat Permatang Pauh menyedari bahawa selama Anwar menjadi anggota Parlimen di sini beliau gagal melaksanakan amanah yang diberi dan pencapaiannya amat teruk sekali.

"Sebanyak 70,760 pengundi di Permatang Pauh sudah semestinya amat terkilan dengan keputusan Anwar itu kerana selama ini beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu dan tiba-tiba mahu bertanding di Kajang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang menamakan Anwar untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang, sekiranya ada pertandingan, selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata Umno bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar 30 petugas sepenuh masa sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika Barisan Nasional menghantar calon untuk bertanding.

"Kami akan hadir di sana dengan segala maklumat, bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang dan dalam masa yang sama satu lagi pasukan akan mengumpul segala maklumat daripada penduduk di Permatang Pauh bagi mendedahkan masalah rakyat yang anggota Parlimen itu tidak selesaikan sekian lama," katanya ~ Bernama

Kah.. kah.. kah.. entah bila pihak UMNO ni bergerak mengumpul maklum balas dari 70,760 pengundi itu aku pun tak tahu..

Sebabnya salah seorang dari 70,760 pengundi itu ialah aku... tak ada siapapun dari UMNO yang datang berjumpa aku bertanyakan pendapat tentang Anwar bertanding di Kajang tu..

Bukan saja aku, Isteri aku, emak aku, bapa aku dan adik beradik aku serta kawan-kawan aku yang mengundi di Permatang Pauh ni tak ditemui oleh wakil UMNO bertanyakan pendapat tentang perkara ini.

Jadi dalam hal ini Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh ini telah berbohong dan cuba untuk memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan cerita bohongnya itu..

Lagipun dari 70,760 pengundi di Permatang Pauh itu bukan semuanya telah mengundi Anwar Ibrahim / PKR dalam PRU13 yang lalu..

25,369 orang dari mereka telah mengundi BN manakala 37,090 orang lagi telah mengundi PKR/PR dan 201 orang pengundi lagi telah mengundi calon Bebas.

Kalau Ketua Bahagian UMNO itu bertanyakan pendapat kepada 25,369 orang pengundi yang mengundi BN itu.. apa saja Anwar Ibrahim buat semuanya mengecewakan mereka.. tak ada yang tak mengecewakan selain dari mengecewakan belaka..

Tapi adakah mungkin pihak UMNO mampu menemui 25,369 orang pengundi mereka itu dalam masa yang begitu singkat ini?.. jawapannya tentu tidak..

Jadi dalam hal ini mengapa dikatakan kebanyakkan pengundi Permatang Pauh kecewa dengan tindakan Anwar bertanding di Kajang itu?

Mungkin 'mereka' yang dimaksudkan oleh Cikgu Zaidi di atas adalah ahli-ahli UMNO.. jadi tak hairanlah jika mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved