Jumaat, 31 Januari 2014

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


UtaraNews - The News Portal: Makan gaji buta <b>di Permatang Pauh</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 02:00 AM PST

Anwar Ibrahim secara rasminya telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di Dun Kajang sebentar tadi susulan perletakan jawatan adun terdahulu,saudara Lee Chin Cheh.

Melalui kenyataan dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,beliau mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

"PKR bersetuju meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi.

Tindakan Anwar ini boleh diumpamakan sebagai pemimpin yang gilakan kuasa.Anwar Ibrahim sibuk di luar tetapi rakyat di parlimennya sering diabaikan.Rakyat di Permatang Pauh langsung tidak dipandang oleh beliau.Anwar dilihat tiada masa untuk mempedulikan kebajikan rakyat Permatang Pauh kerana terlalu sibuk keliling dunia melobi untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Rakyat di Parlimen Permatang Pauh sering kali mengeluh kerana Anwar umpama anak tirikan mereka.Ketika Permatang Pauh dilanda banjir,kelibat Anwar langsung tidak kelihatan kerana masih sibuk di luar negara.Selepas menggantikan Wan Azizah,bermacam-macam janji rakyat dijanjikan Anwar,tapi semuanya hanya omongan kosong sahaja.Perlakuan jijik anwar ini boleh disamakan sebagai makan gaji buta dan pemimpin yang 'auta'..

Kini Anwar mula sibuk untuk menguasai kerajaan Selangor.Selepas secara rasmi umumkan bertanding,keinginan Anwar untuk berkuasa semakin menjadi-jadi.Kegilaan beliau mula mendapat perhatian komponen PR yang lain.

Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas melalui pengarahnya Mohd Sany Hamzan berkata permainan jijik PKR ini telah membuatkan imej Pakatan Rakyat menjadi kotor di mata rakyat.Beliau juga berkata bahawa perletakan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim sebagai tindakan tidak amanah dan membelakangi semangat syura Paktan Rakyat.

"Rakyat akan meluat dengan keletah pemimpin PKR dan mula bosan dengan mereka.Tindakan mereka telah membuktikan yang pemimpin PKR Selangor memang gilakan kuasa."katanya kepada media.-UtaraNews.

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved