Sabtu, 18 Januari 2014

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


TOK BERUMUR 88 TAHUN, SAMA DR. MAHATHIR - BARANGKALI <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 06:20 AM PST

Pagi tadi saya berurusan dengan sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Sambil menunggu giliran, saya bersembang dengan dua orang nenek.

Selepas beri salam, saya bertanya urusan apa datang dan siapa hantar? Yang seorang tu petah sikit bercakap, yang seorang pula pendiam. 

Dia membahasakan dirinya 'Tok'. Mulanya saya tak faham sebab biasanya Tok merujuk kepada lelaki ataupun 'atuk/atok'. 

Dari cara dia bercakap saya cuba meneka, "mak cik dari Kedah ker?". Dia segera menjawab dari Jitra. Tapi anak-anak dia selalu bawa ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Saya pun masuklah, "Oh satu negeri dengan Dr. Mahathir lah mak cik".

Dia nampak seronok berbual dengan saya. Dia sebut Che Det tak sebut Dr. Mahathir. Katanya, "Che Det orang Tanjung, Tok orang Darat".

"Kalau jumpa orang lama-lama, saya dengan Che Det adalah bau-bau bacang, tapi kita tak sebut lah, kalau jumpa kenal lah".

Saya pun tak faham apa maksud Dr. Mahathir dari Tanjung. Yang saya ingat di Malaysia ini ada Tanjung Tokong, Tanjung Dawai, Tanjung Tuan. Orang Kedah mungkin boleh beri komen sikit bab Tanjung ne.

'Tok nak ke Singapura, datang sini nak buat pasport. Anak hantar, dia tengah cari parking kereta'.

Dalam bersembang tu, saya pun seronoklah, saya pun sambung, "Makcik umur berapa?"

Yang petah tu berkata 88 tahun, yang seorang lagi berkata perlahan 75 tahun.

"Alhamdulillah panjang umur mak cik. Orang Kedah panjang umur dia yer mak cik, Dr. Mahathir pun 88 tahun.  Apa petua mak cik amalkan", saya bertanya lagi.

"Tok tak dak la amalan luar biasa, lepas solat Tok bacalah Al-Quran sikit-sikit. Tok pula tak makan ikan, tak makan daging, tak makan telur. Tok makan nasi dengan sayur saja!"

Saya terkejut "Sayur!!!".

Yang tua tu sambung lagi, "Tok ne kalau jalan satu batu boleh lagi. Kalau ulang alik dua batu boleh lagi".

Saya sangat kagum dengan kesihatan mereka berdua. 

Kami bercerita agak panjang sebab anak mak cik belum sampai lagi, saya agak tentu masih berpusing-pusing mencari parking.

Perbualan kami terhenti apabila anak perempuannya dalam lingkungan 40an sudah sampai dan sempatlah dia mengeluh betapa sukarnya mencari parking.

Katanya ada kenduri kahwin keluarga di Singapura pada 19 Januari ini. Sebab itulah datang untuk membuat pasport.

Selepas bersalam dengan mak cik itu kami pun beredar. Saya terpegun makcik atau 'Tok' yang berumur 88 tahun itu menghulurkan tangannya dengan melapikkan tangannya dengan kain tudungnya. Sungguh dia menjaga kesucian Islam sampai ke tahap begitu.

Satu perkara yang saya lupa tanya, sayur apa dia makan?
Adakah sayur kangkung?. 

Jika sayur kangkung, maknanya DS Najib tidak bercakap kosong. DS Najib bercakap dengan falsafah yang mendalam tentang sayur. 

Bukankah falsafah sayur kangkunglah yang membolehkan pembesar Melaka melihat wajah sebenar Maharaja China suatu ketika dahulu?

* Cerita di atas adalah cerita benar. Sayang sekali saya tidak mengambil gambar kenangan. Jika keluarga dia terbaca cerita ini, alangkah bagusnya jika saya dapat bertemu semula.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved