Ahad, 2 Februari 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


:: Ini Cerita Cik Viva ::: 3/4 jam <b>di Batu Ferringhi</b>..

Posted: 30 Nov 2013 02:52 AM PST

Sambungan dari entry ini

Anak buah kakak tu bawak kami pekena Kayu Nasi Kandar kat area Bukit Jambul tu je sebab itu yang paling dekat dengan hotel. Kami kena isi perut dulu sebelum g jenjalan. Ramai sangat orang kat restoren tu macam biasa, macam2 lauk ada tapi aku ambik ayam goreng je seketul pastu lupe lak nak ambik sayur..huhu


Dah abih makan, beliau telah membawa kami ke Batu Ferringhi. Nak jalan-jalan cuci mata kat pasar malam Ferringhi. Otw kesana kami nampak la Hydro Hotel tempat shooting drama Mr Arrogant tu, pastu nampak la ada sorang dua berenti posing kat signboard hotel tu..ni mesti geng aku jugak ni..para peminat drama tu..hahahh
Adik yang suar oren tu lah yang bawak kami jalan2 sini. Actually mereka berdua tu sepupu, so bila mereka dah bertemu memang kecoh la. Aku layankan je..
Singgah restoren seafood ni, tapi bukan untuk makan pun..saja tengok2 je apa yang ada dalam akuarium tu..semuanya besar2..contohnya macam ketam ni..ni kalau tak silap ketam gergasi kot....hahahaa.
Banyak lagi yang ada dalam ni..macam2 pesen dah aku tengok, caner nak makan dah besar sangat camtu. Tengok harga sekilo pun dah berapa puluh ringgit..mesti tokey2 je kot makan kat sini..
Antara yang dijual kat pasar malam tu, ada cenderamata, baju, henbag, kasut, tudung..bla..bla..blaaa. Tapi disebabkan hari nak hujan & hari bekerja tak banyak kedai bukak & ramai yang tutup kedai awal.

Aku beli FM je buat kenangan, nak bagi mak suruh mak letak kat peti ais kat kampung. Simpan hajat nak bawak mak ayah jalan2 makan angin kat Penang nanti..hehe


Sebelum balik hotel, kami jalan2 ke Padang Kota. Singgah lepak-lepak ambik angin kat tepi laut..nampak tak yang ade lampu2 tulah terminal feri, adik tu cakap lah...
Okay..tu saja catatan perjalanan ke Batu Ferringhi untuk tempoh masa 3/4 jam malam tu. Terima kasih banyak2 untuk adik tu yang susah2 je nak bawak kami jalan2 ke sini..

**Bersambung...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved