Khamis, 6 Februari 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

URL Sumber Asal :- di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

pencemaran air laut di pantai batu ferringhi | Merdeka Online

Posted: 04 Feb 2014 12:00 AM PST

images (1)

MO,4/2/2014 -  Pencemaran di Pantai Batu Ferringhi yang menyebabkan sebahagian air laut di situ hitam disifatkan bercanggah dengan slogan kerajaan negeri iaitu bersih dan hijau.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang kesal dengan kejadian itu mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat segera puncanya dan memaklumkan hasilnya kepada orang ramai.

Presiden CAP dan SAM, S M Mohamed Idris, berkata pihaknya percaya jika tiada tindakan tegas dilakukan kerajaan negeri dan jabatan terbabit bagi mengatasi pencemaran terbabit, kesan lebih buruk akan berlaku.

Atasi pencemaran

"SAM dan CAP menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan laut di Batu Ferringhi.

"Dalam tinjauan SAM dan CAP hari ini (semalam), kami mendapati pencemaran di kawasan itu amat serius dan perlu ditangani secara berkesan dan segera supaya kesannya tidak merebak dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Air Sungai Batu Ferringhi bukan saja berwarna hitam tapi juga berbau busuk. Air yang tercemar itu datang dari satu lokasi yang terletak lebih kurang 300 meter dari laut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Akhbar ini semalam, melaporkan sebahagian air laut di pantai yang menjadi pusat tarikan pelancong itu bertukar hitam, dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan.

Hukuman berat

Menggesa hukuman berat dikenakan kepada pihak yang melakukan pencemaran itu, Mohamed Idris berkata, pencemaran itu boleh mengancam hidupan laut dan menjejaskan kesihatan pengunjung yang mandi-manda di situ.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Halimah Hassan, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat punca pencemaran.

"Jika ada mana-mana pihak tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, JAS akan ambil tindakan," katanya. -BH

Sahabat Alam Bimbang Pencemaran Di Ferringhi - MyNewsHub.My ...

Posted: 03 Feb 2014 12:16 AM PST

KUALA LUMPUR – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan laut yang berlaku di Batu Ferringhi baru-baru ini.

Presidennya, S.M.Mohamed Idris berkata, tinjauan pihaknya mendapat keadaan pencemaran di kawasan itu amat serius dan perlu ditangani segera supaya kesannya tidak merebak dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Air Sungai Batu Ferringhi bukan saja berwarna hitam tetapi juga berbau busuk. Air yang tercemar itu datangnya dari satu lokasi yang terletak lebih kurang 300 meter dari laut.

"SAM kesal dengan kejadian ini kerana ia bercanggah dengan slogan kerajaan negeri iaitu bersih dan hijau," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M.Mohamed turut meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat punca sebenar kejadian pencemaran tersebut.

Malah, katanya, laporan hasil siasatan yang dibuat itu perlu didedahkan kepada umum bagi meredakan kebimbangan orang ramai mengenai masalah yang berlaku.

Menurutnya, SAM percaya jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh kerajaan negeri dan jabatan- terlibat, impak negatif ke atas alam sekitar dan kebersihan kawasan pantai Batu Ferringhi yang menjadi tumpuan orang ramai akan menjadi lebih buruk.

"Selain itu pencemaran ini juga boleh mengancam hidupan laut dan menjejaskan kesihatan para pengunjung yang mandi manda di kawasan pantai sekitaran kerana air tercemar sudah tentu merebak.

"SAM berpendapat hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas pihak yang melakukan pencemaran itu," katanya. – mynewshub.my

Sahabat Alam Bimbang Pencemaran Di Ferringhihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Batu-Feringghi.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Batu-Feringghi-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KUALA LUMPUR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan laut yang berlaku di Batu Ferringhi baru-baru ini. Presidennya, S.M.Mohamed Idris berkata, tinjauan pihaknya mendapat keadaan pencemaran di kawasan itu amat serius dan perlu ditangani...

KUALA LUMPUR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan laut yang berlaku di Batu Ferringhi baru-baru ini.

Presidennya, S.M.Mohamed Idris berkata, tinjauan pihaknya mendapat keadaan pencemaran di kawasan itu amat serius dan perlu ditangani segera supaya kesannya tidak merebak dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Air Sungai Batu Ferringhi bukan saja berwarna hitam tetapi juga berbau busuk. Air yang tercemar itu datangnya dari satu lokasi yang terletak lebih kurang 300 meter dari laut.

"SAM kesal dengan kejadian ini kerana ia bercanggah dengan slogan kerajaan negeri iaitu bersih dan hijau," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M.Mohamed turut meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat punca sebenar kejadian pencemaran tersebut.

Malah, katanya, laporan hasil siasatan yang dibuat itu perlu didedahkan kepada umum bagi meredakan kebimbangan orang ramai mengenai masalah yang berlaku.

Menurutnya, SAM percaya jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh kerajaan negeri dan jabatan- terlibat, impak negatif ke atas alam sekitar dan kebersihan kawasan pantai Batu Ferringhi yang menjadi tumpuan orang ramai akan menjadi lebih buruk.

"Selain itu pencemaran ini juga boleh mengancam hidupan laut dan menjejaskan kesihatan para pengunjung yang mandi manda di kawasan pantai sekitaran kerana air tercemar sudah tentu merebak.

"SAM berpendapat hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas pihak yang melakukan pencemaran itu," katanya. - mynewshub.my

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved