Isnin, 17 Februari 2014

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Mayat ditemui <b>di</b> kaki lima <b>Bayan Lepas</b> – Perak Today

Posted: 03 Jan 2013 12:35 AM PST

Gambar Hiasan:-

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tebing tinggi sebuah kawasan perumahan di Jalan Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.

Mayat Yussof @ Mohamad Yussof Othman, 69, ditemui terbaring di kaki lima berhampiran tebing kawasan perumahan berkenaan oleh orang awam yang melalui tempat itu pada pukul 9.50 malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Mohd Hatta Mohd Zin berkata, lelaki yang berasal dari Sungai Nibong Kecil, di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tempat tinggi yang dipercayai tebing kawasan perumahan berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi Ibu Pejabat Polis Barat Daya, di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Mohd Hatta berkata, pihaknya menerima 11 motosikal baharu untuk pasukan URB menjalankan rondaan di daerah Barat Daya.

"Kami akan menumpukan kawasan taman perumahan untuk mengurangkan kadar jenayah," katanya dan memberitahu pihaknya akan menerima enam buah lagi motosikal berkenaan dalam tempoh terdekat.

– BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved