Selasa, 18 Februari 2014

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Cubaan serang Masjid <b>di Bayan Baru</b> hanya cerita rekaan rupanya...

Posted: 29 Jan 2014 08:16 AM PST


Polis hari ini menafikan dakwaan berlaku kejadian rusuhan termasuk cubaan menyerang sebuah masjid di Bayan Baru, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lebih 100 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat berhimpun di luar pagar masjid serta mendakwa terdapat individu tertentu merancang menyerang masjid berkenaan.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata sekumpulan kecil daripada peserta himpunan itu kemudiannya berarak ke Balai Polis Bayan Baru dan membuat 22 laporan polis.

"Kita menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri sehingga mencetuskan kekecohan serta menggugat ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau menggesa orang awam tidak terpengaruh dengan khabar angin berunsur provokasi seumpama itu dan menyebarkannya tanpa menyelidik kesahihan sumber terlebih dahulu.

Beliau berkata susulan insiden itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun tanpa permit. - BERNAMA

Kenapa Bernama tak siarkan nama NGO yang demo tu?.. sebab mereka Pro UMNO ke?. Ooo.. kalau peserta demo tu Pro PR ditulisnya besar-besar nama NGO itu malah siap dengan gambar peserta demo lagi..

Bernama tak siarkan tak apa.. The Malay Mail siarkan nama-nama NGO itu..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved