Isnin, 3 Februari 2014

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


pelajar kristian &#39;murtad&#39; <b>di</b> convent <b>bukit mertajam</b> - Bicara Perjuangan

Posted: 09 Jan 2014 05:00 AM PST

Pihak gereja telah mula memulakan gerakan yang boleh dianggap gerakan 'kristianisasi' di P.Pinang. Ketika isu kalimah Allah masih belum menemui jalan penyelesaian,pihak gereja telah mula mengorak langkah dengan membangkitkan isu yang boleh menggugat keharmonian negara.

Sekolah ini yang dulunya dikenali sebagai Sekolah St Marguerite's telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan pada tahun 1946 dan mendapat bantuan penuh kerajaan. Bantuan penuh dari kerajaan  tersebut bermula dari tahun itu hingga kini dari segi kewangan dan juga infrastruktur.

Pengetua Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam,Puan Hajah Che Azizah telah melakukan satu tindakan yang betul dengan mengarahkan tulisan jawi diletakkan di papan tanda sekolah itu memandangkan ramai pelajar Islam yang menuntut disitu.

Arahan untuk memadam tulisan jawi itu amatlah dikesali sekali kerana pihak kristian menganggap tulisan jawi sebagai satu ancaman kepada pelajar yang bukan Islam di sekolah itu. Mustahil untuk pelajar yang bukan Islam akan menjadi 'murtad' hanya dengan melihat tulisan jawi di papan tanda itu.

Jika kalimah Allah mahu dipakai mengapa tulisan jawi tidak pula dibenarkan kerana kalimah Allah dan semua rakyat maklum bahawa tulisan jawi sudah sebati dengan masyarakat Islam di Malaysia khususnya Melayu.

Pihak PAS negeri dilihat enggan masuk campur dalam isu ini kerana tiada kenyataan yang dikeluarkan setakat ini. Menurut sumber, isteri mantan YDP PAS P.Pinang YB Dato Salleh Man juga menjadi tenaga pengajar di sekolah itu.

Isu ini telah bermula beberapa hari lepas selepas beberapa blog dan akaun facebook menyiarkan satu surat rasmi dari pihak gereja yang dihanta kepada pengetua sekolah tersebut dan mengarahkan papan tanda yang mempunyai tulisan jawi diganti dengan alasan sekolah itu sekolah mubaligh. - UtaraNews.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved