Sabtu, 8 Februari 2014

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


.: Balai Polis <b>di Bukit Mertajam</b> Diserang Dengan Bahan Letupan

Posted: 07 Feb 2014 09:41 PM PST



BUKIT MERTAJAM 8 Feb - Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas," kata Nasir.

Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

AMUKANMELAYU - Dato' KP Pulau Pinang.....mengikut sejarah.....yang duk serang BALAI POLIS ni  ialah PENGIKUT AJARAN SESAT atau CINA yang BERFAHAMAN KOMUNIS.......India mabuk tak sampai baling BOM macam ni......

Terkini Balai Polis <b>Bukit Mertajam</b> teruk <b>di</b> Serang | bakul2011.com

Posted: 08 Feb 2014 12:07 AM PST

Bukit Mertajam diserang !
Bukit Mertajam : Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun berkuasa tinggi,  awal hari ini.
Pagi ini jam 4.50 satu letupan telah berlaku dibalai polis bukit tengah dipercayai perbuatan khianat dimana kesan letupan tersebut telah menggegarkan balai mengakibatkan pintu cermin hadapan telah pecah.
Namun, empat anggota polis yang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan, dua orang berada di dalam balai dan dua lagi sedang membuat rondaan. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi letupan kuat di bahagian pintu masuk.
Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu rosak teruk.
Ianya digambarkan seperti cara sama yang digunakan komunis Malaya serang balai polis dan bunuh pasukanpolis suatu ketika dahulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved