Isnin, 3 Februari 2014

09 di Butterworth - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Dua Wanita Culik Dan Jual Bayi Ditahan <b>di Butterworth</b> | Jenayah

Posted: 16 Dec 2013 06:00 AM PST

alt

BUTTERWORTH 15 Dis - Polis telah menahan dua wanita yang dipercayai menculik dan menjual bayi perempuan berusia tujuh bulan dari rumah neneknya di Air Itam dekat sini pada Khamis lepas di stesen bas Butterworth.

Jurucakap polis berkata dua wanita berusia 30-an itu ditahan pada 3.30 petang ini ketika baru sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.

"Polis berjaya mengesan mereka melalui talian telefon bimbit yang digunakanseorang daripada suspek berkenaan berikutan wanita terbabit masih menggunakannombor yang sama.

"Difahamkan wanita itu menggunakan nombor yang sama kerana mahu berhubung dengan pembeli bayi berkenaan berikutan pembelinya masih berhutang dengan mereka," katanya di sini semalam.

Katanya siasatan awal mendapati seorang daripada wanita itu melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan bagaimanapun dipercayai pulang semula ke negeri ini bagi mengambil baki wang jualan bayi berkenaan.

"Dengan menggunakan kaedah teknikal dan kerjasama daripada syarikat telekomunikasi polis berjaya mengesan mereka melalui isyarat telefon bimbit.

"Sepasukan anggota polis dikejarkan ke stesen bas itu dan berjaya menemui kedua-dua wanita itu dalam sebuah bas ekspres yang baru tiba dari Kuala Lumpur," katanya.

Jurucakap polis itu berkata kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh ketika dihubungi memaklumkan sidang akhbar mengenai kes itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang esok.

Akhbar melaporkan bayi berkenaan diculik dua wanita kira-kira 3 petang Khamis setelah mereka mengunjungi rumah nenek bayi itu di Air Itam dengan alasan hendak membawa bayi itu bermain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah dilaporkan berkata nenek itu membenarkan mereka membawa bayi itu kerana beliau mengenali seorang daripada wanita terbabit tetapi nenek itu mula mengesyaki sesuatu apabila kedua-dua wanita itu tidak muncul selepas 30 minit berlalu.

Beliau berkata hasil tindakan pantas dan maklumat yang diperoleh polis berjaya menahan lelaki berumur 60 tahun di Balik Pulau, tengah hari Jumaat dan menemui bayi berkenaan dalam keadaan selamat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved