Sabtu, 15 Februari 2014

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


TERKINI ! GERAI MELAYU <b>DI KEPALA BATAS</b> PULAK JADI <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 04:30 PM PST

Isu perobohan gerai peniaga kecil Melayu terus rakus &  berleluasa  oleh kerajaan DAP .  Kali ini ia berlaku di kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu di  sepanjang jalan Pinang Tunggal &   Bertam . 

Mereka telah diberikan notis tidak dibenarkan berniaga serta merta   oleh MPSP & tiada sebarang penangguhan .  Selain itu , kompaun RM150 juga dikenakan setiap satu gerai . 

Seramai 32 orang peniaga Melayu terlibat  hasil kezaliman kerja tangan  Guan Eng & DAP .   Dalam sekelip mata sahaja , tempat mereka mencari rezeki secara kecil-kecilan  untuk keluarga selama 8 tahun akan hilang dalam sekelip mata. 

Peniaga pisang goreng, Rosilah Kalimin, 50, berkata, dia telah menjalankan perniagaan di situ sejak lapan tahun lalu melalui permit perniagaan sementara dikeluarkan oleh MPSP.

"Selama ini kami membayar RM15 sebulan kepada MPSP untuk memperoleh permit sementara itu kerana permohonan untuk mendapatkan lesen menjaja tidak dikeluarkan.

"Melalui perniagaan ini, dapatlah saya membantu suami membesarkan empat orang anak dan jika ditutup saya akan kehilangan punca pendapatan yang bakal menjejaskan ekonomi keluarga kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Peniaga air kelapa, Jeffry Mohd. Zain, 46, pula berkata, sepatutnya mereka diberi kebenaran untuk meneruskan perniagaan masing-masing kerana hanya beroperasi antara pukul 10 pagi dan 5 petang setiap hari.

"Perniagaan ini dikesan tidak langsung mengganggu lalu lintas di kawasan ini kerana pembeli boleh meletakkan kereta mereka di tepi laluan tanpa mengganggu aliran trafik.

"Berilah peluang kepada kami untuk mencari pendapatan kerana boleh dikatakan kami hanya bergantung kepada perniagaan ini untuk menyara keluarga masing-masing," katanya.

Untuk rekod , kerajaan DAP memiliki rekod cemerlang menghapuskan hanya  gerai peniaga Melayu di P.Pinang .  Mata mereka akan sakit jika terlihat  gerai Melayu berniaga di tepi jalan bagi manambah pendapatan keluarga.

Guan Eng dan Jeff Ooi kucing kurap yang biadap sudah tentu senyum sahaja Penguatkuasa Melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di tepi jalan  serta dikatakan tiada lesen

Contohnya  :

gerai buah di jalan Permatang Pauh dirobohkan MPSP  

Gerai Melayu Teluk Bahang yang membangkitkan kemarahan penduduk kampung


Peniaga gerai Wanita Melayu sampai pengsan bila gerainya di roboh kerajaan DAP 

    Peniaga Melayu di Persiaran Gurney 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved