Isnin, 10 Februari 2014

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Lelaki parah ditembak 3 das <b>di Nibong Tebal</b>

Posted: 20 Jan 2014 10:20 PM PST


Seorang lelaki berusia 40 tahun cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki kereta di hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Jawi, di Nibong Tebal, semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa bersama rakannya berumur 33 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan rumah berkenaan sebelum sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti berhampiran mereka.
  
"Seorang daripada lelaki di dalam kereta jenis Proton Wira itu melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana dua das tembakan mengenai bahu dan satu di kaki kiri mangsa, bagaimanapun rakannya terselamat.
  
"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan sebaik suspek melepaskan tembakan mereka terus memecut kenderaan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Nibong Tebal.
  
Katanya mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mazlan berkata berdasarkan siasatan awal, dua suspek yang menaiki kereta itu dipercayai mengekori mangsa dan rakannya sebelum bertindak menembak mangsa di hadapan rumah itu.
  
"Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui tiga kelongsong peluru," katanya.
  
Mazlan berkata mangsa dan rakannya itu yang berasal dari Banting, Selangor dipercayai baru tiba di Pulau Pinang pagi ini bagi menguruskan beberapa urusan.
  
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis menahan seorang lelaki iaitu rakan mangsa yang bersamanya di tempat kejadian berikutan keterangan yang diberikan mengelirukan dan diragui.
  
"Berdasarkan maklumat kita, rakan mangsa yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan pemalsuan dokumen, curi kenderaan dan dadah," katanya.-Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved