Ahad, 9 Februari 2014

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


TERKINI - Generasi Pejuang Bangsa - Blogger

Posted: 23 Jan 2014 09:01 PM PST

Pagi ini MPPP telah membatalkan tindakan perobohan 10 gerai orang Melayu di kawasan perumahan transit Tanjung Tokong . Ia disebabkan campur tangan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Islam yang berunding dengan MPPP membantu peniaga2 Melayu ini .  Jika tiada campur tangan ini , maka akan berlaku lagilah pergaduhan sesama Melayu  antara peniaga dan pengkuatkuasa disebabkan arahan kerajaan DAP

 Walaupun arahan perobohan dihentikan , tetapi notis berkenaan masih lagi berkuatkuasa dan hanya ditangguhkan sementara.

10 buah gerai berkenaan diusahkan oleh penduduk rumah panjang Tanjung Tokong dan didirikan di atas tanah UDA Land dan bukannya milik kerajaan DAP. Difahamkan alasan MPPP untuk roboh hanya kerana tidak mempunyai lesen perniagaa yang sah .

Alasan mereka tiada lesen yang sah sebenarnya boleh   dirunding dan peniaga berkenaan selepas ini boleh  memohon lesen dengan bantuan MPPP .

Persoalannya , apa agenda muslihat sebenar MPPP & kerajaan DAP terhadap peniaga Melayu di negeri ini?

Jika berniaga di tanah swasta/persendirian   , mereka cari kesalahan peniaga  melalui lesen .

Ini lah nasib peniaga Melayu seolah-olah seperti pendatang asing di negeri ditadbir regim DAP !!

Pemimpin UMNO Berjaya Halang Perobohan Gerai Melayu <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 08:30 PM PST

Operasi untuk merobohkan gerai di kawasan perumahan transit Tanjung Tokong pagi ini di batalkan setelah satu rundingan di buat oleh Dato Haji Ahmad Ismail , Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dengan pihak MPPP.

Sebelum ini kerajaan negeri pimpinan DAP telah mengarahkan MPPP melakukan perobohan gerai-gerai milik penduduk melayu di sekitar Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang Pulau Pinang. Gerai-gerai tersebut diwartakan sebagai gerai haram oleh pegawai MPPP.

Kira-kira 30 peniaga kecil yang berniaga sejak sekian lama di bahu jalan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan MPPP dan mereka telah melakukan protes bagi membantah perobohan gerai yang menjadi sumber rezeki mereka.Turut kelihatan Saudara Mohd Rizuad yang juga ketua wira Perkasa P.Pinang dan beberapa pemimpin setempat yang datang memberi sokongan kepada penduduk dan pemilik gerai.                        

Dalam kejadian tersebut berlaku pergelutan di antara penduduk dan petugas majlis sehingga salah seorang daripadanya di tahan polis.( gambar bawah )

Insiden tersebut bermula apabila para peniaga dan penduduk kampung telah bertindak agresif terhadap Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar selepas rayuan mereka langsung tidak dipedulikan.

Proses perobohan tersebut terpaksa dihentikan serta merta atas arahan pihak Polis kerana tidak mahu kekecohan yang serius berlaku.  Lagi berita dan video Klik Sini 

Walaupun pelbagai rungutan di buat terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang , sikap tidak ambil peduli dengan suara orang Melayu jelas tidak di endahkan.

Malah raungan mereka selama ini hampir tidak di pedulikan sampai ke tahap operasi merobohkan gerai dan premis di lihat semakin menjadi-jadi.

Paling menghairankan adalah sikap pemimpin bangsa Melayu pembangkang yang kini punya kuasa dan suara dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang , mereka di lihat GAGAL membawa suara akar umbi orang-orang Melayu malah sampai ke tahap di label sebagai pengkianat.

Walau bagaimanapun kehadiran pemimpin UMNO , Dato Haji Ahmad Ismail , Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera atas semangat dan inisiatifnya untuk membantu warga peniaga Melayu di Tanjung Tokong wajar di puji.

Beliau yang telah berjumpa dan berbincang dengan pihak MPPP berjaya menghalang tindakan perobohan gerai orang Melayu di kawasan berkenaan hari ini.

Jelas apa yang di lakukan oleh pemimpin UMNO ini membuktikan bahawa isu melibatkan kepentingan awam sebenarnya boleh di selesaikan di meja rundingan.Cuma yang menghalangnya daripada berlaku adalah kerana sikap pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri.

Apakah ada agenda tertentu yang cuba di sembunyikan ?

Inilah harga yang terpaksa di bayar oleh orang Melayu Pulau Pinang untuk mempertahankan hak mereka dalam mendepani tindakan double standard pihak berkuasa di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.-UtaraNews

Filed in:

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved