Selasa, 18 Mac 2014

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Nelayan <b>Balik Pulau</b> Bantu Kesan MH370 – Dr Hilmi | eWARTA MARA

Posted: 12 Mar 2014 01:25 AM PDT

BALIK PULAU, 12 Mac (Bernama) — Nelayan di Balik Pulau terpanggil untuk membantu kerajaan mengesan kehilangan penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dengan memantau kawasan laut untuk sebarang petunjuk berkaitan pesawat itu yang hilang sejak Sabtu lepas.

Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sejumlah 2,500 nelayan di kawasan itu mengambil tanggungjawab membantu usaha kerajaan apabila turun menangkap ikan di laut.

"Selain menangkap ikan, mereka mengambil tanggungjawab mencari dan meninjau jika ada apa-apa tanda berkaitan insiden itu. Tiap-tiap pagi, kira-kira 200 ke 300 nelayan akan turun ke laut secara berganti-ganti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia kepada 400 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA di sini Rabu.

Beliau berkata antara yang terbabit ialah nelayan dari Kuala Sungai Pinang, Kuala Jalan Baru, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong serta Teluk Kumbar.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapa, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Pesawat itu dilapor hilang pada kira-kira 1.30 pagi ketika terbang merentasi Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan pantai bahagian selatan Vietnam.

Sementara itu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pihaknya kini memberi tumpuan kepada pembangunan klinik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kemudahan di klinik berkenaan belum mencukupi dan terkebelakang.

Katanya, pembangunan dan penambahbaikan klinik di kawasan luar bandar perlu dilakukan memandangkan bilangan pesakit semakin meningkat selain orang ramai kini lebih yakin dengan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan.

– BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved