Khamis, 27 Mac 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Pengalaman Menunggang Kuda <b>Di</b> Pantai <b>Batu Ferringhi</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 05:25 PM PST

Sekiranya anda bercuti ke Pantai Batu Ferringhi atau bermalam di sekitar kawasan ini, anda akan lihat ada ramai penduduk tempatan yang menyediakan perkhidmatan 'Menunggang Kuda' di sepanjang pantai Batu Ferringhi tersebut. Ada banyak pilihan samada anda nak cuba menunggang kuda jenis biasa atau 'Kuda Padi'.
Beberapa tahun yang lepas, semasa bercuti di Batu Ferringhi, MrJocko dan Hasya sempat menunggang kuda di pantai ini. Harga untuk setiap pusingan tunggangan dikenakan charge RM20 hingga RM30. Untuk tawar-menawar, anda sendiri kena pandai bincang harga dengan mereka. InsyaAllah kalau kena cara boleh dapat lagi murah.
Mula-mula MrJocko sendiri tak yakin boleh tunggang kuda ni. Maklum la, tak selesa kerana tak biasa. Lagipun permukaan pasir di pantai, rasa macam kuda tu jalan tak seimbang. Tetapi sebenarnya, kuda seekor binatang yang memang bijak. Pandai seimbangkan badannya dan kita sebagai penunggang memang akan turut seimbang.



Kelebihan menunggang kuda ini memang dah ramai yang tahu. Mungkin sebab kos atau tak banyak tempat yang menyediakan perkhidmatan ini, maka sukan berkuda ini nampak seperti sukan orang kaya-kaya. Kalau biasa, di sekitar KL untuk beberapa sesi tunggangan ia dikenakan charge dari RM70 untuk satu jam. Anda boleh memilih sesi mana yang anda mahu.
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya. Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. 
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. 
Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan 'galloping' kuda. Sebab itu, ada beberapa syarikat yang menjual peralatan kesihatan sama seperti anda menunggang kuda. Pernah tengok kan???
Kalau anda nak cari sesuatu kelainan, apa kata jom cuba sukan menunggang kuda pulak. Sebenarnya bila anda dah cuba, anda akan jatuh cinta dengan sukan berkuda ini. Nampak simple tetapi memang best. Tak sabar nak cuba untuk naik kuda lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved