Sabtu, 8 Mac 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Perghh..Pantai <b>Batu Feringgi Di</b> Cemari Najis Manusia

Posted: 07 Feb 2014 01:03 AM PST

Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam Sulaiman berkata pihaknya sentiasa memantau operasi loji berkenaan dan air kumbahan yang dilepaskan mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Dalam memastikan air kumbahan terawat selamat sebelum dilepaskan, sampel air daripada loji dan Sungai Batu Ferringhi diambil setiap minggu untuk memastikan tahap kebersihannya, jadi air kumbahan terawat yang dilepaskan dari loji IWK ke sungai memang selamat kerana kami mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan JAS.
"IWK menggesa semua pihak menghentikan spekulasi berhubung isu pencemaran dan kami juga menafikan air berwarna hitam itu adalah dari loji kami. Adalah tidak wajar untuk mengaitkan IWK dengan pencemaran yang berlaku di sungai itu," katanya kepada pemberita selepas melawat loji kumbahan IWK Batu Ferringhi, di George Town hari ini.
Dalam lawatan itu, Shahrul Nizam turut memberi penerangan kepada pihak media mengenai operasi dan kualiti air kumbahan yang dirawat di loji berkenaan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.
Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yow berkata hasil mesyuarat yang diadakan bersama beberapa agensi kerajaan mendapati IWK menjadi penyumbang utama pencemaran di Sungai Batu Ferringhi, selain premis-premis makanan di kawasan berhampiran dikatakan sebagai penyumbang sampingan.
Shahrul Nizam berkata IWK bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri bagi menangani masalah pencemaran di kawasan itu.
"Kami telah ambil sampel air di beberapa kawasan seperti loji kumbahan, muara sungai dan laut untuk dihantar ke makmal di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengetahui punca sebenar pencemaran itu," katanya.
Beliau berkata keputusan mengenai ujian yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu itu, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, beliau turut menafikan dakwaan kononnya loji kumbahan IWK Batu Ferringhi itu beroperasi melebihi kapasiti sepatutnya.
"Loji itu yang beroperasi sejak 40 tahun lepas boleh menampung sisa kumbahan sehingga 30,000 pengguna dan sehingga kini operasi merawat sisa kumbahan yang dijalankan masih terkawal," katanya. - Bernama, 7 Febr

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved