Jumaat, 14 Mac 2014

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Wanita UMNO <b>Batu Kawan</b> taja 6,000 Tutor - Utusan Online

Posted: 13 Mar 2014 11:41 AM PDT

ROHAYA Abu Ismail (tengah) menyerahkan replika cek kepada Mohd. Bahar Mat mewakili tiga sekolah yang menerima tajaan sisipan Tutor di Sekolah Kebangsaan Juru Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

BATU KAWAN 13 Mac - Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor merupakan medium menarik untuk dijadikan bahan latihan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Menyedari hakikat itu, Wanita UMNO Bahagian Batu Kawan mengambil inisiatif dengan menaja 6,000 naskhah Tutor iaitu 3,000 naskhah Tutor bahasa Melayu dan 3,000 naskhah Tutor Bahasa Inggeris kepada tiga buah Sekolah Kebangsaan (SK) di sini mulai bulan April hingga Ogos depan.

Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Rohaya Abu Ismail berkata, tiga sekolah terlibat yang akan menerima Tutor ialah SK Juru, SK Bukit Tambun dan SK Kebun Sireh.

Beliau berkata, pihaknya mahu murid menimba ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan menjadi Tutor sebagai bahan rujukan pembelajaran di sekolah dan di rumah.

"Saya yakin murid boleh memanfaatkan latihan dalam Tutor kerana elemen dalam akhbar itu sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR nanti," katanya di sini.

Rohaya berkata demikian pada majlis penyerahan tajaan Tutor Utusan Malaysia kepada tiga wakil SK berkenaan di SK Juru di sini hari ini.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan (1) SK Juru, Mohd. Bahar Mat, berkata, penggunaan Tutor dapat membantu meningkatkan suasana pembelajaran murid di sekolah ini.

"Ia menambah ilmu pengetahuan kepada murid di samping menimbulkan minat murid untuk belajar dengan penggunaan akhbar dalam darjah," katanya.

Guru Penolong Kanan Kokurilum SK Kebun Sireh, Mohd. Shaharin Kassim berkata, pihaknya percaya penggunaan Tutor membantu murid membuat latihan dalam persediaan menghadapi UPSR nanti.

"Saya percaya murid boleh memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran tertentu apabila menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan berfaedah bagi mereka," katanya.

Sementara itu, mana-mana sekolah di negeri ini yang berminat untuk melanggan Tutor boleh menghubungi Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Pulau Pinang, Zainol Saad bagi mendapatkan maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved