Isnin, 10 Mac 2014

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Acara kesembilan HIKMAH <b>di Bayan Lepas</b>, Pulau Pinang 22 Feb <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 10:49 PM PST

Sejak pertengahan 2013 ada pihak ingin membawa acara HIKMAH ke Pulau Pinang. Melihat kalendar tahun itu di mana 2-3 acara sudah dirancang, tarikh sekitar penghujung Oktober atau awal November pun dicadangkan. Namun atas sebab yang tak pasti apa, pihak tersebut menundakan rancangan tanpa menetapkan tempoh. Tidak lama kemudian muncul pihak lain dari Pulau Pinang mahu membawa acara lalu iapun menjadi kenyataan.
Pulau Pinang sebagai tempat ke-9 HIKMAH agak unik kerana situasi orang Melayu sana yang kelihatan menuju menjadi seperti nasib orang Melayu di Singapura. Di negara pulau itu mereka menjadi minoriti yang dikuasai bangsa asing berketurunan pendatang dan bukan Islam. Pulau Pinang juga sudah begitu, cuma belum terlalu teruk lagi kerana orang Melayunya masih ramai, cuma ada perpecahan yang menyebabkan kepentingan mereka susah hendak diperjuangkan dengan lebih berkesan.
Sebetulnya pihak kami sendiri ada menyimpan hasrat untuk mengadakan acara di wilayah yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini sejak acara ke-3 HIKMAH berlangsung di Lumut, Perak 27 Januari 2013. Ini kerana pulau itu dilihat sebagai satu tempat jejak bertapak penjajah Inggeris yang sangat penting. Kami percaya dari situlah Perjanjian Pangkor 1874 dirancang sehingga Perak mula dicengkam diikuti beberapa negeri Melayu lain. Maka itu kedatangan kami ke Pulau Pinang sangatlah tepat. Disokong semangat membara anak-anak sana yang sanggup mengenepikan perbezaan ideologi politik dan pegangan fikrah, saya melihat ia menampilkan organisasi dan keterlibatan pihak tempatan terbaik sejak HIKMAH diasaskan 12 Oktober 2012. Untuk makluman ini adalah artikel yang ke 121 di blogspot ini.

Persediaan untuk acara...

1. 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul

2. Aura HIKMAH mula membara di Pulau Pinang...

3. Aku naik saksi tiada yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulNya
Mutiara HIKMAH sebagai jambatan ke Aceh dan penyatuan Alam Melayu?

Apa yang berlaku sepanjang acara...

1. HIKMAH IX - Semangat membara orang Pulau Pinang

2. HIKMAH IX - Sokongan atasan dalam melestarikan satu perjuangan

3. HIKMAH IX - Menangani ancaman terhadap umat Islam melalui ukhuwah yang kuat

Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...

1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban
2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates,  firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan "Islamic Finance" di Capital TV, UNIFI
3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos,  wartawan dan aktivis media bebas
4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah  – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam -  Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...

1. Kertas kerja HIKMAH IX - Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

2. Kertas kerja HIKMAH IX - Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu Video sekitar HIKMAH IX - Dari selawat ke 'rompakan' perbankan dan wang kertas

Acara susulan yang ada kena-mengena...

1. Ukhwah Pendekar Malaiu di Balik Pulau

Acara juga boleh diikuti melalui video klip...

1. Video sekitar HIKMAH IX - Dari selawat ke 'rompakan' perbankan dan wang kertas

2. Video sekitar HIKMAH IX - Wasiat raja-raja Melayu dan ancaman terhadap umat Islam


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved