Rabu, 5 Mac 2014

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Siasat kes kematian dalam lokap <b>di Bayan Baru</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 01 Mar 2014 11:28 PM PST

KUALA LUMPUR 2 MAC: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim TZe Zin menggesa siasatan dilakukan terhadap kematian seorang tahanan di Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya, pihak polis harus bertanggungjawab sepenuhnya dan siasatan menyeluruh dibuat sebelum dibentangkan kepada keluarga mangsa.

sim tze tzim"Isu ini amat serius. Saya minta adakan siasatan yang telus. Pegawai polis perlu jawab dan bentangkan siasatan kepada keluarga si mati dan orang awam," katanya ketika dihubungi.

Media semalam melaporkan, mangsa yang berumur berumur 50 tahun ditemui mati di Lokap berkenaan, selepas direman atas kesalahan dadah.

Sim berkata, polis tidak seharusnya cuai dan segera menghantar suspek ke hospital sekiranya mangsa mempunyai masalah kesihatan.

"Difahamkan mangsa mempunyai penyakit asma, dan (punca) mungkin juga berkaitan peredaran udara. Kalau orang yang ditahan memerlukan khidmat perubatan mereka perlu beri serta merta dan ambil perhatian.

"Polis tidak boleh cuai," katanya menambah hospital Bayan Baru terletak tidak jauh dari lokap balai polis terbabit.

Katanya, kes kematian dalam lokap bukan kali pertama berlaku di negara ini hingga menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap institusi itu semakin terhakis.

"Di Pulau Pinang, saya amat ambil perhatian tentang isu ini. Sepatutnya balai polis tempat yang paling selamat, tetapi ada tahanan mati di Balai Polis.

"Saya akan terus mengikuti perkembangan kes ini, dan akan membantu (keluarga mangsa) termasuk berjumpa dengan pegawai polis terbabit dan khidmat lain jika perlu," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59753

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved