Sabtu, 1 Mac 2014

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Gempar!! Jenazah lengkap dikafan ditemui ditepi jalan <b>di Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 09:25 PM PST


Kegemparan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Tengah  pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang awal pagi ini.

Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.


Updated... info dari sumber yang memang aku percaya...

Maklumat dari individu pertama yang menemui mayat tersebut, mayat atau jenazah telah ditemui dengan diselimut dengan cadar bercorak bunga warna unggu cair dan siap dikafankan.

Individu tersebut telah menemui mayat atau jenazah tersebut yang diletakan di atas tar kaki lima jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak, Bukit Tengah.

Menuurut sumber lagi mayat tersebut tidak berpakaian, mulutnya berbuih dan berkhatan serta tiada kesan kecederaan pada mayat.

Namun ketiadaan dokumen pengenalan diri menjadikan mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti bangsanya.

Mayat atau jenazah dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian..


Ada yang kata.. ni mungkin kerja pendatang asing.. sebabnya nak hantar jenazah balik kenegara asal kosnya tinggi, jadi tinggalkan ditepi jalan.. pihak Polis dan Kerajaan Malaysia akan uruskan semuanya...

Apapun kita tunggulah apa hasil siasatan pihak Polis..

VIDEO: Kes Ragut <b>Di Bukit Mertajam</b> - Siakap Keli

Posted: 20 Feb 2014 02:34 AM PST


Malang tidak berbau… maka setiap orang harus berhati-hati terutama golongan wanita.
Hal ini kerana golongan wanita merupakan sasaran utama penjenayah di tempat awam.
Contohnya seperti kes ragut yang berlaku jam 2.22 petang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 17 Februari lalu ini.
Mangsa mungkin tidak menyangka dia bakal dihampiri seterusnya dirompak dua lelaki bermotosikal ketika sedang membuka bonet kereta.
Namun dalam masa yang singkat sahaja, dia hanya mampu melihat si penjenayah memecut laju bersama beg tangannya.
Marilah kita sama-sama berpesan pada anggota keluarga dan orang terdekat supaya sentiasa waspada tidak kira di mana sahaja untuk mengelak musibah sebegini.
Maklumlah jenayah kadangkala tidak dirancang  orang jahat tetapi dilakukan selepas melihat ada peluang terbuka depan mata. – REM RAMZI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved