Selasa, 4 Mac 2014

09 di Gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2014 01:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di</b> tasek <b>gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2014 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Tasek Gelugor</b> Portal: Ahli Parlimen <b>Tasek Gelugor</b> Datuk Shabudin <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2013 09:15 AM PST

Susulan tindakan pihak-pihak tertentu yang sebelum ini mempertikaikan tentang ibadah korban yang di jalankan di kawasan sekolah kononnya tidak menghormati hak bangsa lain akhirnya di jawab oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahabudin Yahya menegur M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) supaya tidak membesar-besarkan isu sembelihan korban di sekolah susulan percanggahan kenyataan antara menteri pendidikan dan timbalannya mengenai isu tersebut.
Shahabudin yang bangun mencelah sewaktu ahli parlimen DAP itu membahaskan Bajet 2014 - berkata perkara itu adalah sebahagian daripada subjek yang termasuk dalam mata pelajaran fekah yang diajar di sekolah.
"Isu penyembelihan di kawasan sekolah itu bukan dibuat di hadapan pelajar bukan Islam. Mereka tak terlibat pun dan tak dijemput pun untuk ke majlis berkenaan.
"Dan penyembelih lembu korban itu bukan merupakan penyembelihan biasa. 
"Ia merupakan sebahagian daripada subjek dan korban dalam subjek agama Islam ia diajar di sekolah-sekolah termasuk dalam subjek fekah," katanya.
Shahabudin berkata majlis korban tersebut dibuat bagi mendedahkan praktikal sembelihan dengan betul dan ia sewajarnya dibuat.
"Dan ia merupakan program eksklusif. Jadi tidak timbul isu sentimen kecil hati (kaum lain)," katanya.
Isu tersebut menjadi panas sebelum ini apabila beberapa pihak tampil mempertikaikan tentang penyembelihan lembu korban di kawasan sekolah sehingga melibatkan Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan.
Bagaimanapun isu itu dianggap selesai apabila Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pelajaran membenarkan ibadah korban dijalankan dalam kawasan sekolah jika ia tidak membabitkan sensitiviti kaum lain. 
Justeru ibadah itu boleh dilakukan tanpa halangan jika ia melibatkan sekolah yang mempunyai majoriti pelajar dan guru beragama Islam. 
"Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban di sekolah-sekolah. 
"Tapi setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat-menghormati," demikian menurut beliau melalui laman Facebooknya. 

Dr MiM: TERKINI ! PILIHANRAYA KECIL BUKIT <b>GELUGOR</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 09:04 PM PST

Sebelum ini, MiM telah menulis satu entri. Di antaranya : 



Rupa-rupanya, bukan Anwar Ibrahim sahaja yang berdepan dengan kes mahkamah di mana keputusan kes menentukan karier politiknya! Di bawah adalah laporan portal pembangkang : 
Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.  
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak. 
Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009. 
103 laporan polis telah dibuat dari 7 Februari 2009 hingga 24 Februari 2009 di beberapa balai polis seluruh Semenanjung Malaysia yang kesemuanya menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Karpal Singh. 
Walau bagaimana pun, Karpal telah dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 daripada tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak. 
Tetapi rayuan pendakwaan terhadap kes Karpal Singh DAP itu dibenarkan selepas itu dan panel sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ahli politik DAP itu pada 11 Jun 2010.
Anda baca analisis kes Karpal Singh : KLIK SINI

Yang terbaru ialah keputusan Mahkamah Tinggi :
Selepas lima tahun turun naik mahkamah, akhirnya Pengerusi DAP yang juga peguam terkenal Karpal Singh didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman dan mitigasi pada 7 Mac ini. seterusnya.
Jika kes Karpal Singh DAP sudah sampai ke tahap rayuan Mahkamah Tinggi, apakah maksudnya sekarang? 
Jika kita rujuk Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat dibatalkan keahliannya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

Dan jika hukuman yang dijatuhkan kepada Karpal Singh melebihi RM2,000 atau lebih setahun penjara, maka kerusi parlimen Bukit Gelugor akan terpaksa dikosongkan oleh veteran tua DAP itu? 

Dan akan ada satu lagi pilihan raya kecil di parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang?

Kita tunggu 7 Mac ini!

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2014 01:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mandat PR mampu kekalkan 465 <b>di</b> Bkt <b>Gelugor</b>, kata Guan Eng <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 01:42 AM PST

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri bersedia untuk memperbaharui atau melanjutkan tempoh tanah pajakan dari 40 tahun kepada 99 tahun seperti dimohon oleh 465 penduduk berwajib Bukit Gelugor sekiranya Pakatan Rakyat terus diberi mandat memerintah Kerajaan Negeri hingga tahun 2052.
"Kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun, tetapi, syaratnya mesti membayar perbezaan premium (tanah pajakan 40 tahun kepada 99 tahun selepas permohonan diluluskan).
"Sekiranya kita (Pakatan Rakyat) terus memerintah sehingga (tahun) 2052, ini tiada masalah kerana kita (Kerajaan Negeri) akan melanjutkan (tempoh pajakan tanah) secara automatik.
"Tetapi, kalau kita bukan lagi menjadi Kerajaan Negeri ini, saya tak tahu lah kerana Kerajaan (Negeri) BN tiada dasar sedemikian," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan berkata demikian sebagai reaksi pada kebimbangan yang diluahkan oleh Naib Presiden Persatuan Penduduk Bukit Gelugor, M. Ganesh di media arus perdana baru-baru ini.
"Kalau luput (status pajakan tanah asal), kita akan (memberi) diskaun 90 peratus, penduduk perlu bayar 10 peratus (premium)...kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun.
"Sehingga kini, kita (Kerajaan Negeri) masih belum menerima apa-apa permohonan.
"Sekiranya ada permohonan, saya akan mencadangkan kepada (mesyuarat) Exco supaya kita (Kerajaan Negeri) akan mengenakan premium 10 peratus kepada yang luput sahaja," ujar beliau.
Difahamkan, pelaksanaan premium diskaun 90 peratus telahpun dilaksanakan di kampung warisan, kampung baru serta ladang-ladang sebelum ini.
Terdahulu, Ganesh dilaporkan bertanya mengenai rancangan Kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh tanah pajakan yang dikenal pasti hampir tamat tempoh.
Beliau mendakwa Guan Eng pada tahun 2008 dilaporkan pernah mengumumkan pemilik tanah pajakan kediaman di negeri ini boleh memohon daripada Kerajaan Negeri untuk menukar status tanah mereka pada pegangan bebas (free hold).
Dalam perkemangan sama, Ganesh berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam Mesyuarat ke-66 Majlis Tanah Negara pada 1 Disember 2010 turut dilaporkan berkata, semua Kerajaan Negeri boleh meluluskan permohonan untuk memperaharui atau melanjutkan status tanah pajakan tidak melebihi 99 tahun, melainkan untuk tujuan kepentingan awam.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pusat melalui Majlis Tanah Negara belum mengeluarkan sebarang ketetapan rasmi seperti yang dinyatakan oleh Muhyiddin.
"Tanah kekal (free hold), kita (Kerajaan Negeri) memang ada hasrat, tetapi, Kerajaan Pusat tidak benarkan kerana menurut mereka, perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Tanah Negara dan belum ada keputusan rasmi," jelas Guan Eng lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved