09 di permatang pauh - Google Blog Search |
Umno Terus Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa <b>di</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2014 10:28 PM PST Kenyataan Media 6 Mac 2014 Umno Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard. Sebagaimana siri-siri ceramah yang lalu, ceramah penerangan Pakatan Rakyat seringkali diganggu oleh golongan-golongan "barbarian" dalam kencah politik tanah air. Ketika YB Teresa Kok selesai berucap, hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau. SAMM Penang mengutuk keras kejadian yang melambangkan betapa pihak gerombolan yang konon melaungkan hidup melayu langsung tidak menunjukan adab, tata susila masyarakat timur yang jauh lebih sopan dan bertamadun. SAMM Penang menegaskan, Umno dan Barisan Nasional wajib ditumbangkan segera kerana telah mengamalkan pembodohan melampau terhadap rakyat. Lelaki malang yang menyerang Teresa Kok ini pastinya tidak mendapat maklumat yang betul mengenai video yang diterbitkan oleh Teresa Kok. Media kawalan Umno juga bertanggungjawab dalam siri-siri pembodohan bangsa yang berterusan. Malah, Utusan terus memusing berita apabila mengfitnah kejadian malam tadi kononnya Teresa Kok ditampar. Kini laporan polis telah dibuat, kami menanti apakah hasil siasatan berhubung laporan yang telah dibuat. Semoga slogan "Tegas, Adil & Berhemah" benar-benar terlaksana. Afzanizam Hashim Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) |
Hot! Lagi Gambar & Video Teresa Terima Sajian Telur Busuk <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2014 09:31 PM PST Semalam Teresa Kok disambut dengan meriah oleh aparat pakatan.. Kalangan yang hadir begitu teruja mau dengar dan lihat perempuan andartu ini buka mulut menghina dan fitnah kerajaan. Pisau lihat perempuan ini lagi naik tocang apabila melihat kalangan yang hadir 100% melayu suruhan pakatan. Diam langsung tidak bersuara mengenai insiden baling cat dan ayam di pejabatnya dek kerana kantoi menipu. Provokasi yang cuba dilakukan nampak tak menjadi,cubaan potray beliau menjadi mangsa gagal memadamkan kemarahan majoriti melayu. Semalam adalah menifestasi kemarahan yang boleh dikatakan kecil apabila Teresa hanya disajikan telur busuk.
Pisau kata " rupanya Teresa Kecut Telur .. rupanya Teresa Kecut Telur ..tahniah kepada saudara Mohd Shahrir anak Balik Pulau kerana berjaya menghadiahkan telur busuk kepada Teresa Kok" |
You are subscribed to email updates from di permatang pauh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen