Sabtu, 15 Mac 2014

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Umno Terus Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 10:28 PM PST

Kenyataan Media 
6 Mac 2014

Umno Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi. 

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard.
Sebagaimana siri-siri ceramah yang lalu, ceramah penerangan Pakatan Rakyat seringkali diganggu oleh golongan-golongan "barbarian" dalam kencah politik tanah air. 
Ketika YB Teresa Kok selesai berucap, hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau. 
SAMM Penang mengutuk keras kejadian yang melambangkan betapa pihak gerombolan yang konon melaungkan hidup melayu langsung tidak menunjukan adab, tata susila masyarakat timur yang jauh lebih sopan dan bertamadun.
SAMM Penang menegaskan, Umno dan Barisan Nasional wajib ditumbangkan segera kerana telah mengamalkan pembodohan melampau terhadap rakyat. Lelaki malang yang menyerang Teresa Kok ini pastinya tidak mendapat maklumat yang betul mengenai video yang diterbitkan oleh Teresa Kok.
Media kawalan Umno juga bertanggungjawab dalam siri-siri pembodohan bangsa yang berterusan. Malah, Utusan terus memusing berita apabila mengfitnah kejadian malam tadi kononnya Teresa Kok ditampar.

Kini laporan polis telah dibuat, kami menanti apakah hasil siasatan berhubung laporan yang telah dibuat. Semoga slogan "Tegas, Adil & Berhemah" benar-benar terlaksana.

Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama 

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang)

terkencing terberak teresa kok <b>di permatang pauh</b> <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 05 Mar 2014 01:48 PM PST


Ancaman penampar sudah cukup untuk membuatkan Teresa Kok tidak senang hidup. Itu baru ancaman, belum betul-betul penampar yang dihadiahkan ke mukanya. Pun begitu, sebagai seorang pemimpin DAP, Teresa Kok cuba berlagak berani bagi menggambarkan kepada masyarakat cinabeng DAP bahawa YOWTAI sepertinya tidak takut mati. Apatah lagi penampar itu hendak dihadiahkan oleh orang Melayu yang pada anggapannya, merupakan bangsa kelas ketiga yang sangat hina dan boleh diperbudak-budakkan.

Malam tadi, Teresa Kok menerima pengajaran pertama.

Dia berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh. Kira-kiranya dia berceramah di tempat selamatlah memandangkan Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar Ibrahim dan PKR. Mana mungkin orang UMNO atau Melayu yang membenci DAP berlegar-legar atau menunjukkan muka di kawasan berkenaan.

Apatah lagi, dia sendiri telah dikawal oleh Melayu-Melayu PKR yang sangat setia dan menyanjunginya.

Lebih kurang jam 11:30 malam, sesudah dia selesai memberikan ucapan, seorang lelaki Melayu telah mendatangi Teresa Kok dengan berpura-pura seperti hendak bersalam dengan YOWTAI itu. Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, di dalam tangan lelaki tersebut, terdapat sebiji telur tembelang.

Semasa dia bersalam dengan Teresa Kok, telur tembelang tersebut telah dipecahkan. Teresa Kok kaget dan terus menjerit bagaikan diserang histeria. Beberapa orang lelaki Melayu segera mengambil tempat untuk mengawal Teresa Kok. Manakala lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok tadi cuba melarikan diri.

Teresa Kok menjerit histeria dan memberitahu kononnya dia telah ditampar walaupun semua orang dapat melihat yang lelaki berkenaan sekadar bersalam tanpa satu das tamparan pun dihadiahkan ke muka Teresa Kok. Malah lelaki tersebut juga tidak menunjukkan tanda-tanda, mengacah atau mengancam mahu menampar Teresa Kok.


Lelaki yang tidak dikenali itu telah dikepung, dipukul dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis. Manakala Teresa Kok yang pucat lesi, menggeletar ketakutan dan hilang suara, tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali tangan yang berbau telur tembelang.

Sebelum itu, amaran telah diberikan oleh sebuah NGO Islam yang mengancam akan mengadakan bantahan dan akan berhimpun di Padang Taman Cermai, Permatang Pauh bermula jam 9:00 malam bagi membantah ceramah Teresa Kok.

Bagaimanapun, Teresa Kok yang cukup dikenali dengan kesombongan dan keangkuhan, enggan peduli dengan bantahan tersebut.

Cuma malang buat lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok dan memecahkan telur tembelang di telapak tangan Teresa Kok. Dia tidak memberikan sebarang  kecederaan, sebaliknya dia pula yang telah dicederakan. Manakala NGO Islam yang berhimpun dan membantah, juga nampaknya tidak begitu berani untuk membela lelaki tersebut.

Ternyata si Yowtai lebih berkuasa walaupun pada ketika dia sedang ketakutan dan menggigil-gigil!

Tengah malam tadi, para pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang heboh memperkatakan insiden tersebut di Twitter seolah-olah Teresa Kok telah ditikam berkali-kali dan mayatnya ditemui dalam keadaan berkecai-kecai di Permatang Pauh!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved