Khamis, 20 Mac 2014

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Tangan &#39;ternoda&#39; <b>di Permatang Pauh</b>... | Pilihan Anda

Posted: 05 Mar 2014 08:45 PM PST

Desperado | 3/06/2014 | 0 comments

Seorang lelaki tidak dikenali menyerang MP Seputeh Teresa Kok dengan sebutir telur tembelang dalam satu kejadian di Pulau Pinang pada malam tadi.

Menurut Kok, lelaki tersebut mendekatinya dan ingin bersalamannya dengannya selepas beliau menyampaikan ceramah di Permatang Pauh, mengenai satu rakaman video sempena Tahun Baru Cina yang mencetus kontroversi.

Telur tembelang itu kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman, yang mengotori tangan dan bajunya dalam kejadian itu, kata Kok ketika dihubungi.

"Dia kata dia mahu berjabat tangan dengan saya. Saya hulurkan tangan dan bersalaman dengannya. Kemudian baru saya sedar dia memegang telur di tangannya.

"Telur itu pecah, mengotori tangan saya dan terkena sedikit di pakaian saya," katanya kepada Malaysiakini.

Kok bagaimanapun menafikan bahawa beliau ditampar dalam kejadian itu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia malam tadi.

Utusan sekitar tengah malam tadi mengirim SMS yang menyebut: "Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh 11.30 malam tadi."

Akhbar milik Umno itu kemudiannya menerbitkan pembetulan bahawa Kok hanya diberi telur tembelang, yang pecah ketika bersalaman.

Kok berkata lelaki tersebut cuba beredar selepas telur tersebut pecah, tetapi dihalang oleh hadirin lain di majlis tersebut.

Sementara itu, MP Bukit Mertajam Steven Sim yang mengiringi Kok ke majlis berkenaan berkata lelaki itu kemudiannya dibawa dari kawasan berkenaan oleh anggota polis

Category: , ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved