Ahad, 2 Mac 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Pakat-Pakat Kalih: Program Kebajikan Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b>

Posted: 27 Feb 2014 02:41 AM PST


Berteraskan urustadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), sejak tahun 2008, kerajaan mempunyai pencapaian ekonomi yang cermerlang dan bersih, dan seterusnya melaksanakan pelbagai Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk warga emas, ibu tunggal, pelajar sekolah, bayi, Orang Kurang Upaya dan Suri Rumah

PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS
1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas.
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris.

PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.
4) Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
5) Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
6) Tidak berkahwin semula.
7) Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Sijil Kelahiran semua anak.
- Salinan Kad Pengenalan semua anak.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.

PROGRAM BANTUAN OKU
1) Warganegara Malaysia.
2) Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pendaftaran OKU.
- Salinan muka hadapan buku bank.

PROGRAM ANAK EMAS
1) Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3) Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4) Tarikh kelayakan mulai Januari 2011.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
- Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.

PROGRAM SKIM PELAJAR EMAS
1) Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Terdiri daripada murid Darjah 1 & 4 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 & 4 bagi pelajar Sekolah Menengah yang bersekolah di Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
- Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.
- Pengesahan sekolah menyatakan pelajar bersekolah di sekolah yang dinyatakan seperti dalam Borang Permohonan.

PROGRAM BANTUAN IBU EMAS
1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.
4) Wanita telah berumahtangga dan tiada berpendapatan tetap.
5) Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Suami.
- Salinan Sijil Perkahwinan.
- Salinan Sijil Kelahiran Salah Seorang Anak.

Borang permohonan boleh di dapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

Pakat-Pakat Kalih: Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Menyampaikan <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 07:54 PM PST


Satu kebakaran telah  berlaku di Kampung Petani , Penanti & mengakibatkan keluarga mangsa tinggal sehelai sepinggan kerana semua harta benda habis musnah dijilat api .

Dr. Afif Bahardin bersama TKM1, YB Lim Hock Seng dan YB Datuk Salleh Man - melawat mangsa kebakaran di Kg Petani. Bantuan segera disampaikan kepada mangsa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved