Isnin, 10 Mac 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> nafi timbang haram khutbah Jumaat <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2014 01:42 PM PST

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam menafikan dakwaan dalam laman blog kononnya ia sedang mempertimbang secara serius untuk mengharamkan khutbah Jumaat.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu.

"Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu…kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid.

"Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.

Pada 17 Feb lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.

Abdul Malik sebelum itu telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Balik Pulau di sini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusinya Mohd Rizuad Mohd Azudin dan Ketua Penerangannya Mohd Pazli Ismail.

Mohd Pazli berkata pertemuan singkat itu bertujuan mendapatkan penjelasan serta kerjasama daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan blog berkenaan.

Sementara itu dalam sidang media berasingan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pemilik blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mengeluarkan kenyataan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rak-yat. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved