Rabu, 2 April 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


IWK diminta perjelaskan pencemaran air <b>di</b> Pantai <b>Batu Ferringhi</b> <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 04:11 AM PST

GEORGE TOWN — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memanggil
wakil daripada Indah Water Konsortium (IWK) Jumaat ini untuk memberi
keterangan berhubung isu pencemaran sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi
yang didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.

batu ferringhi
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan
Banjir Chow Kon Yeow berkata siasatan awal mendapati IWK merupakan penyumbang
utama berlakunya pencemaran itu, manakala premis menjual makanan di kawasan
berhampiran pula hanyalah penyumbang sampingan.
"Memandangkan ini adalah isu alam sekitar ia telah menjadi isu antarabangsa
serta sangat mendesak, maka mesyuarat yang diadakan semalam bersama Jabatan Alam
Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) dan wakil IWK telah memutuskan beberapa perkara yang
perlu diambil tindakan oleh IWK.
"IWK perlu menghentikan kerja flushing semasa melakukan
penyelenggaraan atau menggunakan tangki untuk membawa sisa kumbahan ke loji
kumbahan yang lain bagi tujuan rawatan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan
bagi mengumumkan hasil perbincangan yang telah diputuskan semasa mesyuarat
semalam.

Selain itu Chow berkata mesyuarat semalam juga memutuskan bahawa untuk
tempoh jangka panjang, IWK perlu komited menaik taraf loji kumbahan di Batu
Ferringhi kerana dikatakan loji sedia ada tidak mampu untuk menampung
keperluan semasa.
"Bagi mengawal pencemaran ini juga JAS akan menjalankan pemantauan dan
mengambil sampel air untuk diuji setiap hari secara berkala, manakala MPPP
serta pejabat daerah pula perlu mengambil tindakan segera terhadap premis
makanan yang menyumbang secara sampingan kepada pencemaran itu," katanya.
Isu pencemaran sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan
media sejak Isnin lepas mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan
popular sebagai destinasi pelancongan.
Maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria
(Escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu
Feringhi.
"Tentang dakwaan wujudnya bakteria e-coli masih belum diketahui dan mungkin
akan diketahui Jumaat ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap IWK yang dihubungi berkata pihaknya bersedia
berbincang dan memberikan keterangan kepada kerajaan negeri berhubung isu
pencemaran berkenaan demi kepentingan sejagat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved