Isnin, 7 April 2014

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


23 peniaga asing ditahan <b>di Batu Ferringhi</b> | The Malaysian Times

Posted: 02 Apr 2014 08:01 PM PDT

GEORGE TOWN, 3 Apr: Sebanyak 23 rakyat asing yang sedang berniaga di Pasar Malam Batu Ferringhi ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sini, malam tadi.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang Hasbullah Abdul Rashid berkata mereka yang ditahan dalam operasi tiga jam berakhir pukul 12 tengah malam itu terdiri daripada 19 lelaki Bangladesh, seorang lelaki Myanmar dan tiga wanita Indonesia.

Antara kesalahan dikesan adalah menyalahgunakan pas lawatan sosial dan permit sah tinggal di negara ini, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi berikutan aduan orang awam mengenai kebanjiran rakyat asing berniaga di kawasan peranginan itu, anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan.

Sebanyak 15 gerai diperiksa dan pelbagai barangan disita antaranya kasut, aksesori, barangan kulit dan jersi dipercayai tiruan yang kesemuanya bernilai kira-kira RM200,000.

"Kami akan siasat sama ada warga asing itu berniaga sendiri atau diupah," katanya sambil memberi amaran kepada peniaga tempatan agar tidak menyewakan tapak niaga mereka atau menggaji pekerja yang tidak memiliki dokumen sah kerana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved