Rabu, 9 April 2014

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Audit dedah salah laku <b>di</b> Stadium <b>Batu Kawan</b>. - UtaraNews

Posted: 07 Apr 2014 04:00 PM PDT

P.PINANG: Tiga puluh lima daripada 49 kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Batu Kawan, dekat sini, tidak berfungsi dan alat pemadam api di stadium berkenaan telah berusia lebih 10 tahun serta luput tarikh pengunaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, CCTV yang sepatutnya berfungsi sebagai alat pemantauan dan pengawalan keselamatan itu didapati rosak pada kabel kuasa dan signal akibat kebocoran air di stadium itu.

Selain itu, dua daripada tiga monitor CCTV bagi tujuan pemantauan persekitaran juga tidak berfungsi dan kerosakan itu telah dilapor kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) sejak 2009 tetapi tiada tindakan diambil.

"Pada pendapat Audit, aspek keselamatan di stadium kurang memuaskan kerana penggunaan peralatan keselamatan yang tidak berfungsi dan tamat tempoh," menurut laporan itu.

Berdasarkan maklum balas MSN Pulau Pinang bertarikh 3 dan 15 Januari lalu, mendapati monitor CCTV tidak rosak dan berfungsi dengan baik sebaliknya kelonggaran hanya berlaku pada soket monitor dan ia telah dibaiki, manakala semua tong pemadam api telah diganti.

Laporan keseluruhan pengauditan yang dijalankan dari bulan Mac hingga Jun 2013 turut mendapati prestasi pengurusan penyewaan dan penyenggaraan Stadium Batu Kawan berada pada tahap kurang memuaskan.

Semakan Audit mendapati pengurusan tempahan stadium kurang teratur disebabkan pembayaran selepas penggunaan,pengurusan penyewaan tapak perlumbaan 'cub prix' tidak ditetapkan dan kadar sewaan stadium tidak seragam,kelemahan pengurusan terimaan dan terdapat kerosakan kemudahan, peralatan dan persekitaran stadium.

Antara kerosakan yang dikesan ialah karpet di bilik VVIP, siling bocor, peralatan siaraya, pendingin hawa, keretakan di lantai stadium dan tanah mendap di tepi parit dalam stadium.

Laporan itu turut menegur kelemahan pemantauan oleh MSN Pulau Pinang yang menyebabkan prestasi kontrak pembersihan stadium di tahap kurang memuaskan dan bayaran penuh dibuat walaupun kekerapan kerja pembersihan tidak mengikut jadual yang dipersetujui.

"Pembayaran bulanan berjumlah RM11,000 masih dibuat sepenuhnya walaupun kerja pembersihan yang dijalankan kontraktor tidak meliputi semua kawasan yang ditetapkan dalam perjanjian," kata laporan itu.

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved