Selasa, 15 April 2014

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 03:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

airport <b>bayan lepas</b> dinaiki air...menti salah umno gak kan..

Posted: 01 Apr 2014 06:39 AM PDT

Hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan banjir kilat setinggi paras lutut melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pagi tadi.

Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang, Tan Keng Liang menerusi akaun Twitternya menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk membaiki sistem perparitan di lapangan terbang tersebut.

Beliau turut memuat naik gambar keadaan banjir di kawasan tersebut menunjukkan jalan keluar ruang ketibaan yang dipenuhi air.

Penang DAP govt shud help improve irrigation system in state RT @cmlimguaneng Pg Int Airport flooded this morning pic.twitter.com/uQyj6jnezD
— Tan Keng Liang (@tankengliang) April 1, 2014
as CM Penang, u should assist. thanks RT @cmlimguaneng More photos of Pg Internat Airport circulating. @MY_Airports pic.twitter.com/72uPCg9UAH
— Tan Keng Liang (@tankengliang) April 1, 2014

Memetik laporan laman portal Rakyat Post hari ini, jurucakap PIA memberitahu tidak pernah situasi begini berlaku sehingga menyebabkan banjir kilat di kawasan lapangan terbang yang terletak di Bayan Lepas itu.

"Kami merekodkan kedalaman air hujan sebanyak 62.2mm daripada hujan semalam.

"Namun, banjir yang terjadi pada jam 7 pagi tadi telah surut kurang 2 jam selepas hujan berhenti iaitu kira-kira jam 9 pagi, dan kini kerja-kerja pembersihan telah bermula bagi membersihkan lumpur yang tertinggal," katanya.

Tambahnya, banjir tersebut tidak menyebabkan masalah besar kerana ia terjadi di kawasan luar ruang ketibaan berdekataan stesen limosin dan air tidak memasuki ruang premis lapangan terbang.

"Banjir ini terjadi mungkin disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian di lapangan terbang dimana ia boleh menjejaskan sistem saliran yang menyebabkan kerumitan aliran air hujan setiap kali hujan," katanya sambil menambah pihak pengurusan PIA akan memastikan masalah begini tidak akan timbul lagi.

"Kami sedang memantau situasi di sini sebagai berjaga-jaga jika hujan lebat terjadi lagi," tambahnya.

Banjir tersebut turut melimpah hingga ke ruang kenderaan menunggu walaupun sistem saliran baru telah dipasang yang menelan belanja RM250 juta.

Ini berikutan beberapa insiden banjir yang berlaku pada Mac, September dan November tahun lepas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved