Ahad, 13 April 2014

09 di Butterworth - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Pelarian Rohingya Ditemui Dalam Tongkang <b>Di Butterworth</b> - TV9

Posted: 10 Apr 2014 03:37 AM PDT

10 Apr 2014, 06:37pm by Syuhada Rais


Seorang pelarian Rohingya patah kaki; Manakala, 74 lagi rakan-nya ditemui lemah dalam sebuah tongkang di Butterworth, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Ia setelah tongkang dinaiki terperangkap dalam selut, dua kilometer dari Pantai Kampung Padang Benggali.

Musibah menimpa pelarian terbabit disedari nelayan tempatan yang  bersiap untuk turun ke laut pukul 3 pagi tadi.

Menurut nelayan terbabit, mereka menemui sekumpulan pelarian rohingya terbabit merayau di kawasan pendaratan ikan berhampiran.

Berada dalam keadaan basah kuyup dan letih, mereka merayu diberi makanan.

Dakwa pelarian terbabit mereka terpaksa berenang dua kilometer dan meredah selut untuk sampai ke daratan.

Pelarian terbabit juga merayu agar rakan mereka didalam tongkang diselamatkan.

Polis segera dimaklum.

Tindakan mengepung kawasan terbabit dilakukan.

Hasilnya, 29 pelarian lelaki serta seorang perempuan ditangkap.

Pemeriksaan  seterusnya menemui sembilan lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi di hutan berhampiran.

Semua mereka dibawa ke Balai Polis Sementara Teluk Air Tawar untuk siasatan lanjut.

Polis kemudian melancarkan gerakan menyelamat pendatang  yang terkandas dalam tongkang itu.    

Dengan bantuan nelayan tempatan, tongkang dapat ditunda ke jeti pendaratan ikan bagan ajam. 

Hasil pemeriksaan polis menemui 21 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, 24 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan.

Seorang daripada lelaki terbabit patah kaki.

Dia segera dikejarkan ke hospital.

Polis percaya pelarian terbabit sudah berada di lautan selama 15 hari.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved