Rabu, 2 April 2014

09 di Butterworth - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


umno tasek gelugor kecewa keputusan mindef <b>...</b> - MyPenangOnline

Posted: 16 Mar 2014 11:33 AM PDT

KEPALA BATAS  - UMNO Bahagian Tasek Gelugor membantah cadangan penswastaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth dekat sini, bagi tujuan pembangunan.
Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Shabudin Yahaya berkata, kerajaan sepatutnya tidak membenarkan pangkalan tersebut dipindahkan kerana merupakan kawasan keselamatan yang strategik di negeri ini.
Menurutnya, bantahan itu berikutan terdapat syarikat swasta mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi membangunkan pangkalan tersebut dengan projek perumahan.
"Kita sedih dan kecewa dengan pendirian Kementerian Pertahanan yang memberikan kelulusan itu sedangkan pemimpin tempatan di sini tidak dimaklumkan mengenai cadangan dan kajian impak kepada ekonomi, sosial dan politik di sini.
"Apabila kawasan itu dibangunkan sudah tentu rumah mewah akan dibina dan rakyat negeri ini tidak mampu membelinya," katanya dalam majlis Taklimat dan Bantahan Penswastaan Tapak Pangkalan TUDM Butterworth di sini hari ini.
Pangkalan TUDM seluas 400 hektar itu merupakan pangkalan utama di utara tanah air dan diwujudkan sejak 1941 selain pangkalan di Kuantan, Pahang.
Shabudin berkata, pihaknya difahamkan syarikat TSR Capital Bhd. telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk penempatan dan pembinaan semula pangkalan TUDM yang baharu di negeri ini melalui pertukaran tanah.
Beliau berkata, projek itu akan dibangunkan melalui syarikat usahasama (JVC) antara TSR Capital Bhd. (51 peratus), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd. (19 peratus).
"Projek itu semata-mata untuk mengaut keuntungan pihak yang berkepentingan kerana saya difahamkan kos pembangunan di situ bernilai RM30 bilion dan kos pembinaan pangkalan baharu bernilai RM10 bilion," katanya.
Shabudin berkata, pihaknya akan mengumpul tandatangan dalam kalangan ahli UMNO akar umbi dan kepimpinan bahagian UMNO negeri untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai simbolik kepada bantahan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved