Rabu, 16 April 2014

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


AnwarIbrahim Tak Layak Mengundi <b>Di</b> Kajang – SPR - KLXpress

Posted: 29 Jan 2014 05:38 PM PST

1779848_795486400465114_2128876216_n

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk bertanding pada pilihan raya DUN Kajang dengan menukar alamat MyKad ke mana-mana lokasi di Selangor, tetapi beliau tidak dapat mengundi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Untuk membuang undi pada pilihan raya kecil, Anwar perlu memohon kepada suruhanjaya untuk menukar alamat mengundi beliau, yang mana proses tersebut hanya boleh selesai pada Mei, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, walaupun proses untuk mengemaskini alamat MyKad seseorang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh dilakukan dalam masa beberapa hari, pertukaran alamat mengundi seseorang memerlukan lebih banyak masa kerana ia hanya dilakukan pada setiap suku tahun.

"Anwar tidak akan dapat membuang undi dalam pilihan raya kecil itu walaupun beliau memohon hari ini untuk menukar alamat mengundi di Kajang, daftar pemilih pada masa ini bagi suku pertama tahun ini hanya akan dikemaskini pada Mei," kata Abdul Aziz.

Difahamkan bahawa Ahli parlimen Permatang Pauh berusia 66 tahun itu telah memohon untuk menukar alamat MyKad kepada sebuah rumah di Country Heights, Kajang, yang dimiliki oleh saudaranya.

Jurucakap JPN enggan mengesahkan perubahan alamat kediaman Anwar.

Sumber berkata pemimpin pembangkang, yang dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, itu membuat permohonan untuk menukar alamat di JPN pada Isnin, hari yang sama Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Menurut Perkara 53 perlembagaan negeri Selangor, mana-mana pemastautin Selangor yang berusia 21 tahun atau lebih layak untuk bertanding sebagai anggota Dewan Undangan Negeri dengan syarat dia tidak hilang kelayakannya mengikut peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang lain.

Abdul Aziz berkata mereka yang bertanding kerusi Parlimen tidak perlu berada di kawasan pilihan raya dan hanya perlu mempunyai suatu alamat di dalam negara ini.

Pencadang dan penyokong untuk kedua-dua calon kerusi Parlimen dan negeri bagaimanapun mestilah pengundi di dalam kawasan di mana calon mendaftar untuk bertanding.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved