Ahad, 6 April 2014

09 di jelutong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


[ Terkini ] Jenazah pelajar <b>di</b> panah petir tiba <b>di</b> Bukit <b>Jelutong</b> untuk <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2014 11:50 PM PDT

Shah Alam: Jenazah pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Johan Jasmin, 13, selamat tiba di kediamannya di Bukit Jelutong, di sini malam tadi.
Suasana sedih menyelubungi rumah arwah yang dikunjungi jiran serta kaum keluarga yang dilihat memenuhi kediaman untuk bacaan tahlil. 
Seorang rakan kepada keluarga arwah berkata, jenazah dibawa dari hospital Melaka pada jam 6.30 petang tadi dan tiba di sini kira-kira jam 9 malam. 
Jenazah anak bongsu daripada dua adik beradik itu akan dibawa ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pagi esok untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di Seksyen 21, di sini katanya, sementara itu keluarganya yang masih bersedih enggan ditemuramah pemberita.

Dalam kejadian semalam Rambut mangsa berasap, tubuh menggeletar dan mulut berbuih itu detik cemas dilalui pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ayer Paabas, kejadian jam 6 petang menyebabkan pelajar tingkatan satu, Johan Jasmin, kini koma dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke asrama selepas beriadah bersama 200 pelajar lain sebelum dia tiba-tiba rebah akibat disambar petir.
Mangsa yang berada di tengah kelompok pelajar rebah serentak dengan bunyi dentuman petir menyebabkan badannya menggigil, rambut berasap dan mulut berbuih.
Sumber berkata, ketika kejadian cuaca cerah, namun kedengaran bunyi guruh beberapa kali sebelum guru bertugas mengarahkan mangsa bersama pelajar lain beredar dari kawasan padang dan masuk ke bangunan asrama.
"Ketika kumpulan pelajar beriadah kedengaran bunyi guruh dan beberapa guru memberi arahan supaya beredar meninggalkan padang dan berlindung ke tempat lebih selamat.
Namun, ketika berjalan bersama 200 pelajar lain ke arah bangunan asrama, mangsa tiba-tiba disambar petir.
"Menyedari kejadian itu, guru dan beberapa rakan cuba menggerakkan mangsa, namun tiada tindak balas lalu guru bertugas terus menghantarnya ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan," katanya, semalam.
Menurutnya, ketika rawatan kecemasan dilakukan, paramedik memaklumkan terdapat kesan lebam dan terbakar selain bau hangit di bahagian kepala mangsa dipercayai disambar petir.
Sumber itu berkata, mangsa yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dalam keadaan lemah dan sukar bernafas selain pucat seluruh tubuh lalu diberikan bantuan menggunakan mesin pernafasan sebelum dirujuk ke ICU Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Al-fatihah Credit HM 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved