Jumaat, 11 April 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


31 projek tanpa resit antara penyelewangan kerajaan <b>negeri pulau</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 10:11 PM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung kelemahan dan penyelewengan seperti yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kegagalan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan urus tadbir yang baik telah menghina konsep keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang cuba diterapkannya. 
"Saya tertanya-tanya sama ada polisi CAT masih diamalkan kerajaan negeri selepas enam tahun di bawah pimpinan Guan Eng.
"Jika tidak, penyelewengan ini tidak akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kerajaan negeri perlu melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan daripada mengelak penyelewengan daripada berulang. 
Chew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata menurut laporan Ketua Audit itu, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang mempunyai 27 pensyarah tanpa permit.
Beliau juga berkata kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga gagal mematuhi kuota asas dalam pungutan sampah seperti yang tertera dalam kontrak, tetapi masih menerima bayaran bulanan berlebihan berjumlah RM1.43 juta. 
Sementara itu pihak pengurusan Stadium Batu Kawan telah membayar RM25,000 antara 2011 dan 2012 untuk 31 projek tanpa mengeluarkan resit, katanya. -jejarikami

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved