Isnin, 28 April 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Pas desak kerajaan <b>negeri Pulau Pinang</b> selamatkan tapak kubur <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

P. Asokan (dua dari kanan) menunjukkan tanah perkuburan Islam dipercayai berusia lebih 200 tahun di Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 14 April - Kelab Penyokong Pas negeri mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang melindungi dan memulihara tanah perkuburan Islam yang wujud sebelum zaman perang di Lebuh Chulia, Georgetown dekat sini.

Pengerusinya, P. Asokan berkata, kawasan tanah perkuburan itu yang dipercayai wujud sejak abad ke-19 terabai tanpa sebarang usaha pemuliharaan meskipun berada di sebuah bandar yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Penerangan, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri mengambil langkah segera menyelamatkan tapak perkuburan yang berusia lebih 200 tahun itu.

Katanya, usaha itu sangat pen-ting kerana tapak perkuburan tersebut merupakan bukti yang menunjukkan sejarah kewujudan masyarakat India Muslim di kawasan tersebut.

Usaha ini juga penghargaan kepada nenek moyang kita yang membuka kawasan ini sehingga menyumbang kepada kemajuan Pulau Pinang seperti dikecapi kini," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak perkuburan itu, di sini hari ini.

Menurut Asokan, sejarah membuktikan Chulia Street itu sebelum ini merupakan penempatan masyarakat India daripada pelbagai latar belakang agama sebelum didominasi masyarakat Cina se-perti hari ini.

Malah, katanya, perkataan Chulia itu sendiri merujuk kepada golongan pekerja berketurunan Tamil.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah menyedihkan melihat sejarah masyarakat berkenaan di kawasan tersebut semakin dipinggirkan tanpa sebarang usaha diambil Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengekalkannya.

Dalam pada itu, beliau menambah, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Guan Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik.

Memorandum itu juga, katanya, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.

Selain itu, kita juga akan membawa perkara ini kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta agensi-agensi berkaitan wari-san supaya langkah segera dapat diambil dalam menyelamatkan tapak perkuburan Islam ini," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved