Selasa, 8 April 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Tarif air <b>Pulau Pinang</b> akan kekal paling rendah dalam negara <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2014 06:01 PM PDT

GEORGE TOWN, 5 APR: Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan bahawa rakyat negeri itu tetap menikmati tarif air terendah di Malaysia, walau pun selepas kenaikannya nanti.

Bagi memastikan kenaikan tarif tidak membebankan rakyat, diskaun enam peratus bagi surcaj pemuliharaan air (WSC) akan diberikan kepada keluarga yang memiliki isi rumah lapan orang ke atas, berkuatkuasa 1 Mei ini.

"Mereka hanya perlu ke Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan menunjukkan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal di rumah untuk layak menerima diskaun ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus memikul tanggungjawab demi mengelakkan catuan air serta tidak akan sesekali membenarkan isu tersebut dipolitikkan, terutamanya oleh media pro-BN.

"Kami tidak ingin menaikkan tarif, namun purata penggunaan air negeri yang 50 peratus lebih tinggi daripada purata negara sememangnya tidak lestari.

"Orang ramai perlu maklumat sebenar tentang situasi kemarau semasa dan kebarangkalian adanya catuan air berikutan keputusan mengejutkan semalam oleh kerajaan Perak yang mencatu air di Taiping, kawasan paling lembab di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

Purata penggunaan air Pulau Pinang adalah 311 liter per kapita sehari, berbanding purata negara pada 212 liter per kapita sehari. Kenaikan tarif dilihat bertujuan memastikan rakyat tidak menggunakan air secara membazir dan berlebihan.

Dalam pada itu, Presiden Water Watch Penang Professor Dr Chan Ngai Weng bersetuju dengan kenaikan itu, namun mencadangkan ia dikenakan kepada pengguna yang menggunakannya secara berlebihan sahaja.

"Pendirian kami ialah tiada kenaikan untuk 20 kubik meter pertama. Selepas itu, 21 hingga 30 kubik meter misalnya, tarif pada harga kos.

"Untuk penggunaan 21 hingga 40 kubik meter, anda sudah gunakan terlalu banyak sebenarnya, caj boleh dikenakan sebanyak dua kali ganda (kos). Itu pun jauh lebih murah berbanding Singapura," katanya ketika dihubungi Roketkini.

Menurut beliau lagi, kempen juga perlu diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya penjimatan air, serta keperluan menaikkan tarifnya.

"Kenaikan dan kempen perlu dijalankan bersama. Sejak dulu lagi kami menyuarakan isu ini – tentang betapa pentingnya pemuliharaan air," katanya lagi.

Water Watch Penang adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berpangkalan di negeri itu sejak 1997. Ia bertujuan memberikan kesedaran berhubung pemuliharaan air, penyelidikan dan memberi khidmat nasihat tentang pendidikan dan kitar semula air di sekolah. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved