Jumaat, 30 Mei 2014

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2014 02:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pengurusan Stadium <b>Batu Kawan</b> kembali kepada PDC | Buletin <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2014 07:37 PM PDT

Posted on 16 April 2014.

GEORGE TOWN – Pengurusan Stadium Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS) yang kini di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) b a k a l dikembalikan semula kepada Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara tersebut menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah berasaskan keperluan pengurusan berpengalaman serta berkepakaran terhadap stadium yang begitu besar saiznya.

"Ini juga kerana, MSNPP terpaksa menguruskan banyak program-program semasa dalam membangunkan bidang sukan negeri,'' katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Guan Eng berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyatakanbahawa 35 daripada 49 kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Batu Kawan tidak berfungsi dan alat pemadam api di stadium berkenaan telah berusia lebih 10 tahun serta luput tarikh pengunaan.

Menurut laporan tersebut, CCTV yang sepatutnya berfungsi sebagai alat pemantauan dan pengawalan keselamatan itu didapati rosak pada kabel kuasa dan signal akibat kebocoran air di stadium itu.

Selain itu, dua daripada tiga monitor CCTV bagi tujuan pemantauan persekitaran juga tidak berfungsi dan kerosakan itu telah dilapor kepada MSNPP sejak 2009 tetapi tiada tindakan diambil.

Pada pendapat Audit, aspek keselamatan di stadium kurang memuaskan kerana penggunaan peralatan keselamatan yang tidak berfungsi dan tamat tempoh.

Turut hadir, Exco Belia & Sukan, Pemabangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng dan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar.

Mengulas lanjut Chong Eng menyatakan pihaknya (MSNPP) menyambut baik langkah tersebut kerana MSNPP pada dasarnya tiada sumber mencukupi atau kepakaran dalam menguruskan stadium berkenaan.

"Sejak mengambil alih pengurusan stadium daripada PDC pada tempoh 2009 hingga kini (2014), MSNPP telah menaikkan kadar sewa dan memperbanyakkan aktiviti di sini, namun, masih tidak cukup untuk menampung kos utiliti yang tinggi,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Rosli ketika dihubungi menyatakan bahawa pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan MSNPP berhubung tarikh penyerahan rasmi berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved