Khamis, 1 Mei 2014

09 di Gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


PCM mahu bertanding <b>di</b> Bukit <b>Gelugor</b> - Utusan Online

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

PULAU PINANG 28 April - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengesahkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Cheng Guan berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

Menurutnya, beliau akan menggunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan Ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 hingga 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.

"Malah ketika bukan lagi bergelar Ahli Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness (Cpam) dalam membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Parlimen Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh selepas terlibat dalam kemalangan di Tapah, Perak pada 16 April lalu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen tersebut akan diadakan pada 25 Mei ini dengan hari penamaan calon pada 12 Mei.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved