Khamis, 29 Mei 2014

09 di Gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


#PrkTelukIntan : Menang <b>Di Gelugor</b> Jadi Tonik Di Teluk Intan <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 02:55 AM PDT

KEMENANGAN gemilang Ramkarpal Singh dalam PRK Bukit Gelugur, iaitu mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh meransang dan memberikan dorongan kuat kepada calon DAP, Dyana Sofya yang bertanding dalam PRK di Teluk Intan sekarang ini.
Ini sebuah momentum yang sangat bererti yang memungkinkan calon DAP itu akan menang di kawasan parlimen tersebut pada 31 Mei ini.
Calon DAP itu menang dengan undi 41,242 sementara, Parti Cinta Malaysia (PCM) mendapat 3,583. Dua calon bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar mendapat 799, Abu Backer Sidek mendapat 225 undi. Sementara undi rosak – 539. Undi majoriti Ramlkarpal ialah 37,659.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata jumlah pengundi yang kurang itu ekoran BN tidak bertanding. Katanya, keputusan itu menunjukkan penyokong Ramkarpal tidak mendapat undi secukupnya dari kawasan Melayu tetapi sudah ada peningkatan.
Difahamkan penyokong BN tidak keluar mengundi – ada yang amat kecewa dan marah kerana BN tidak bertanding dan ada yang sedih. Tetapi ini memang dijangka dari awal.
Ketika bertemu dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobin Singh Deo, abang Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Puchong pada hari penamaan calon dulu, saya mememberitahunya kemungkinan jumlah pengundi merosot dan beliaupun mengagak begitu. "Tetapi kita cubalah, seramai mungkin datang memgundi."
Sepanjang kempen dua pilihan raya kecil ini – Bukit Gelugor dan Teluk Intan – ditandai perlakuan samseng politik jalanan yang merosakkan keharmonian kempen. Pada pandangan rakyat prihatin, samseng politik jalanan ini adalah sampah sarap, jenis kumpulan yang tidak ada nilai apa-apa.
Bagaimanapun sangat menarik diperhatikan bahawa para petugas jentera pilihan raya DAP/Pakatan Rakyat di kedua-dua pilihan raya kecil ini mampu mengawal diri mereka, bekerja dengan penuh etika, sabar dan cekal, walaupun tidak kurang keberanian mereka.
Lebih menarik lagi diperhatikan bahawa di kedua-dua PRK ini dilihat perpaduan dan sokongan dari petugas DAP, PAS dan PKR dalam berkempen sangat menyerlah. 
Petugas dari Dewan Muslimat dan Pemuda PAS dilihat di mana-mana, termasuk di tempat di mana pengundi Melayu ramai. Ini isyarat perpaduan dalam Pakaran Rakyat terus kukuh dan tentunya mengecewakan harapan musuh Pakatan untuk melihat perpecahan dalam Pakatan. 
Ketika berada beberapa hari di Pulau Pinang meninjau perjalanan PRK itu, saya bertemu dengan ramai golongan generasi lama Melayu baik di kedai nasi kandar, warung di depan masjid, malah di rumah mereka yang saya kenal. 
Ada kata-lata yang membayangkan perubahan sikap mereka mengenai perkembangan politik. Mereka menyebut mengenai kepentingan perpaduan semua kaum. 
Seorang veteran, pesara guru, bernama Muhamad Maydin, yang saya temui di restoran nasi kandar di Bukit Gelugor, memberitahu: 
"Tidak apa yang hendak digaduhkan. Dulu kita tidak bergaduh ketika pemerinatan MCA di mana Ketua Menterinya Wong Pow Nee, tidak ada masalah, hidup damai. Begitu juga pada zaman pemerintahan Gerakan, Ketua Menterinya Lim Chong Eu juga kita hidup damai, kemudian pemerintahan Ketua Menteri dari Gerakan, Koh Tsu Koon, juga tak ada masalah."
Sekarang dalam pemerintahan DAP/Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng, katanya, kita macam biasa juga, tak ada pergaduhan. Kerajaan DAP itu, katanya sama juga dengan kerajaan masa lalu.
Seorang lagi warga emas yang saya temui di restoran Batu Maung, Haji Khalid Marwan, berkata, dia telah 40 tahun tinggal di pulau ini sejak belum pencen sebagai kakitangan swasta, keadaan di sini macam biasa saja. 
"Apa guna sibuk-sibuk pasal kaum, kalau malas susah juga, kalau rajin, senang juga, walau apa kaum pun," katanya.
Kemudian saya bertemu dengan seorang lagi veteran, Haji Ismail Kuty, peniaga kecil di Air Hitam. Pandangannya sama dengan rakan veteran tadi.
"Saya tak suka gaduh-gaduh. Melayu kuat kerja, dia hidup senang, begitu Cina, India yang kuat kerja dia akan senang. Apa masalahnya. Siapa malas dia susah," katanya sambil menunggu pelanggan tiba.
Kini PRK Bukit Gelugor selesai dan keputusannya sudah diketahui. Saya yakin Ramkarpal akan mengikut jejak langkah bapanya dengan memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
Kita sekarang ini menanti hari mengundi PRK Teluk Intan 31 Mei ini dan rakyat prihatin mengharapkan tidak ada lagi kejadian yang mengeruhkan keadaan yang dilakukan oleh samseng politik jalanan.
Sekali lagi kita menyaksikan bagaimana petugas tiga parti dalam Pakatan bekerjasama erat, termasukan petugas daripada Dewan Muslimat PAS yang dilihat mengiringi calon DAP, Dyana Sofya, khususunya ke kawasan Melayu.
Walaupun PRK Teluk Intan ini dikatakan sengit tetapi ramai yakin calon DAP ini akan beroleh kemenangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved