Khamis, 8 Mei 2014

09 di Gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


cadangan letak mat sabu bertanding <b>di</b> prk bukit <b>gelugor</b> landasan <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 05:00 PM PDT

Inilah masa yang sesuai buat PAS menerangkan kepentingan hukum hudud kepada rakyat khususnya kepada bukan Islam dalam kempen PRK Bukit Gelugor.
Sebelum ini rakan PAS dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR secara terang menolak hudud yang cuba dibawa PAS dalam pelaksanaannya di Kelantan.
Justeru, pemimpin yang sesuai mengetengahkan pentingnya pelaksanaan hudud itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.
Selain mempunyai kebijaksanaan dalam berpidato dengan mimik muka dan lawak jenaka, Mat Sabu juga sehingga kini masih belum menyatakan pendiriannya terhadap hudud berbanding Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yag secara terang menyatakan persetujuan yang dibawa Menteri Besar Kelantan.
Inilah masa yang sesuai buat PAS dengan menjadikan PRK Bukit Gelugor sebagai platform untuk mereka menerangkan kepada masyarakat bukan Islam dalam siri kempen politik.
Ini disebabkan kawasan Parlimen Bukit Gelugor ini adalah majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina, dan kaum tersebut tidak fahami hudud, jadi ini adalah peluang terbaik untuk PAS menjelaskan pengertian hukum hudud terhadap masyarakat Cina.
Bagi Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao bagi memastikan hukum hudud difahami oleh masyarakat bukan Islam, elok Mat Sabu dicalonkan di kawasan tersebut, selain bersesuaian dengan semangat muafakat yang dijalinkan dalam Pakatan Pembangkang.
Untuk rekod, pada PRU13 lalu, Mat Sabu telah ditewaskan oleh calon BN, Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.
Untuk itu, Mat Sabu tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen lagi, oleh itu mengikut perkiraan Mat Sabu dikira layak untuk bertanding di Bukit Gelugor.
Adalah tidak menjadi masalah sekiranya PAS bertanding di kawasan Bukit Gelugor biarpun kawasan itu menjadi hak milik DAP.

Sebagai sebuah hubungan tahalufsiyasi, DAP sewajarnya memberikan peluang kepada PAS bertanding kerana dengan sejarah majoriti kelima tertinggi dalam sejarah PRU-13, PAS sekiranya bertanding tidak mempunyai masalah untuk menang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved