Jumaat, 2 Mei 2014

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2014 03:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 03:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2014 03:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DIALOG RAKYAT: Lelaki parah ditembak 3 das <b>di Nibong Tebal</b>

Posted: 20 Jan 2014 10:20 PM PST


Seorang lelaki berusia 40 tahun cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki kereta di hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Jawi, di Nibong Tebal, semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa bersama rakannya berumur 33 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan rumah berkenaan sebelum sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti berhampiran mereka.
  
"Seorang daripada lelaki di dalam kereta jenis Proton Wira itu melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana dua das tembakan mengenai bahu dan satu di kaki kiri mangsa, bagaimanapun rakannya terselamat.
  
"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan sebaik suspek melepaskan tembakan mereka terus memecut kenderaan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Nibong Tebal.
  
Katanya mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mazlan berkata berdasarkan siasatan awal, dua suspek yang menaiki kereta itu dipercayai mengekori mangsa dan rakannya sebelum bertindak menembak mangsa di hadapan rumah itu.
  
"Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui tiga kelongsong peluru," katanya.
  
Mazlan berkata mangsa dan rakannya itu yang berasal dari Banting, Selangor dipercayai baru tiba di Pulau Pinang pagi ini bagi menguruskan beberapa urusan.
  
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis menahan seorang lelaki iaitu rakan mangsa yang bersamanya di tempat kejadian berikutan keterangan yang diberikan mengelirukan dan diragui.
  
"Berdasarkan maklumat kita, rakan mangsa yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan pemalsuan dokumen, curi kenderaan dan dadah," katanya.-Bernama

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2014 03:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 03:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2014 03:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2014 03:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PRU13: Pihak bertanggungjawab dalam kejadian letupan <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 01:37 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam tadi supaya menyerah diri dengan segera.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengganggu proses pilihan raya dan cubaan menakutkan orang ramai yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara di negara ini.

Katanya, siasatan awal Unit Letupan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan letupan itu disebabkan bahan letupan buatan sendiri yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah, dipercayai bermotif khianat terancang.

"Individu berkenaan lebih baik serah diri sebelum kita tangkap, jangan gusarkan keamanan negara walaupun apa motif yang dirancang, bukan begitu caranya.

"Hanya seorang mangsa mengalami kecederaan kecil, tetapi letupan itu dibuat untuk merosakkan dan mungkin membunuh," katanya pada sidang media diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri sempena lawatan pemantauan persiapan pilihan raya polis Perak, di Ipoh, hari ini.

Justeru, Ismail berkata pihak polis di seluruh negara sudah diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan di setiap lokasi ceramah bagi mengelak kes ulangan.

"Ini adalah faktor utama semua parti politik diminta untuk mendapatkan permit polis bagi memudahkan pemantauan keselamatan lokasi sebelum ceramah dimulakan," katanya.

Ismail juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak polis akan menggunakan semua elemen dalam pasukan polis bagi menahan suspek yang jika disabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam tadi, satu letupan berlaku berpunca daripada alat letupan rekaan (IED) yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah.

Siasatan lanjut pihak polis menemui dua IED sebesar kotak rokok yang ditetapkan masa berbeza untuk menghasilkan dua kali letupan dalam longgokan sampah hingga mengakibatkan seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan itu.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.

- BERITA HARIAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved